Petua orang tua tua yang seingat saya yang dipesan oleh nenek saya kalau nak ambik buah atau lalu lalang di laman rumah yang kosong atau masuk dalam hutan maka bagi Salam dan mintak izin ambik buah atau nak lalu...
Timbul persoalan setelah dewasa dan mengaji agama sehingga ke Timur tengah adakah petua orang tua tua ini ianya Khurafat atau boleh kita ikuti..
SABDA Nabi saw..
إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ: السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ.
Maksudnya: Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh)”
Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad
Ulama menyatakan sememangnya kita dianjurkan Nabi saw utk memberi Salam sebagai tanda hormat kepada makhluk selain manusia yg mungkin ada di situ... Masalahnya siapa makhluk itu... Aiseh seramnya.. Hantu ke..?
Ini berdasar kepada syarah hadis ini
"Hal ini sebagaimana yang dianjurkan di dalam al-quran dan hadith-hadith yang disebutkan di atas. Ini bagi menghormati makhluk-makhluk Allah SWT selain daripada manusia yang berkemungkinan tinggal di tempat tersebut."
Maka pada pandangan ulama bahawa sekiranya ada jin yg menduduki rumah lama tinggal itu maka banyakkanlah berzikir dan membaca bismillah.. Maka memberi Salam itu juga adalah salah satu daripada zikir agar tidak diganggu jin yang kafir
Di dalam suatu lagi Riwayat dari Nabi saw bersabda :
مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ، حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang tiba di suatu tempat, lalu dia membaca: Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimah-Mu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan. Maka dia tidak akan ditimpa mudharat sehinggalah dia keluar daripada tempat tersebut. ”
[Riwayat Muslim (2708), Imam al-Tirmizi (3437) dan Imam Ibn Majah (3547)]
Kesimpulannya memang disunnahkan kita memberi Salam pada rumah yg kosong dan membaca doa doa pelindung tetapi bukan seperti yang kita selalu buat tu..
" Salam Tok Nenek.... Cucu Tumpang lalu.. Cucu Tumpang kencing.. Cucu nak mintak izin ambik buah.."
Sebab nanti tiba tiba terdengar jin tu jawab... "Cucu masa bila pulak aku kawin dgn atuk kamu...".. Ha ha ha mencicit lari tak cukup tanah wehhhhh....
Catat Ulasan