Rumah Satu Kampung Di India Tiada Pintu, Kunci, Pencuri


NEW DELHI – Pernahkah anda membayangkan semua rumah, kedai atau segala bangunan lain dalam kawasan kejiranan dibiarkan terbuka tanpa dikunci sepanjang hari namun tetap selamat daripada pencuri?

Begitulah yang berlaku di Shani Shingnapur, sebuah perkampungan di negeri Maharashtra, kira-kira 1,311 kilometer jauhnya dari selatan ibu negara India, New Delhi hingga menjadi begitu terkenal ke seluruh dunia.



Penduduk desa ini menurut stesen antarabangsa BBC dilaporkan tidak pernah mengunci rumah atau kedai mereka kerana yakin Dewa Shani, atau Dewa Saturnus konon kononnya   melindungi kawasan kampung tersebut.

Berdasarkan kisah penduduk, ia bermula daripada legenda karut marut berusia 300 tahun lalu, setelah hujan lebat dan banjir, sebuah batu hitam besar ditemui di tepi sungai Panasnala, yang dahulu pernah ‘membelah’ desa itu.

Ketika penduduk cuba sentuh dengan tongkat, darah memancur keluar dari batu tersebut. Pada tengah malam, Dewa Shani datang dalam mimpi penduduk dan menyatakan bahawa batu itu adalah sembahannya.

Dewa itu kemudian memerintahkan masyarakat kampung agar batu itu disimpan kerana konon dia akan tinggal di benda tersebut tetapi meminta satu syarat, batu dan kesaktiannya tidak boleh ditutup langsung.

Ini kerana dia perlu mengamati suasana kampung itu tanpa apa-apa halangan. Dewa Shani kemudian memberkati penduduk desa tersebut dan berjanji untuk melindungi mereka daripada sebarang bahaya.

Setelah penduduk menempatkan batu berkenaan di sebuah lantai tidak beratap di tengah-tengah kampung tersebut, mereka memutuskan untuk membuang segala pintu dan kunci yang ada di rumah mereka.

Generasi terdahulu malah tidak memerlukan pintu atau kunci lagi, kerana mendakwa konon kononnya  Dewa Shani akan melindungi mereka. Tradisi pelik itu malah diteruskan hingga generasi sekarang.




BATU HITAM  AMALAN KARUT MARUT KONON KONONNYA TEMPAT DEWA SHANI DI KAMPUNG SHANI SHINGNAPUR, INDIA.

Sebagai ganti penduduk lazimnya hanya meletakkan potongan papan kayu di depan pintu agar anjing jalanan tidak pula tersesat masuk ke dalam rumah mereka terutama pada waktu malam.

Meskipun tanpa pintu, penduduk dengan tenang selamba meninggalkan barang perhiasan mahupun wang mereka begitu sahaja di dalam rumah, kerana yakin konon kononya pelindung suci itu  akan menjaganya.

Bahkan bilik mandi awam di perkampungan hanya ditutup dengan selembar tirai. Bangunan baharu juga harus menghormati tradisi ini. Sebuah balai polis, yang baharu dibuka pada 2015, juga tidak dilengkapi pintu.

Uniknya, pejabat polis tersebut sehingga kisah ini ditulis oleh BBC belum pernah menerima waima satu laporan jenayah terutama kes pecah rumah daripada penduduk setempat.

Sementara itu, United Commercial Bank yang membuka cawangan di Shani Shingnapur pada 2011 lalu, menjadi bank pertama di India yang tidak memiliki kunci pintu konvensional.

Bank ini masih memiliki pintu kaca sebagai gambaran telus dengan kunci yang dikendalikan dari jarak jauh sehingga tidak terlihat sesiapa demi menghormati kepercayaan penduduk.

Masyarakat Shani Shingnapur juga tidak pernah meminta bantuan daripada jiran tetangga untuk menjaga rumah mereka jika perlu pergi ke luar kampung tersebut atas pelbagai urusan.

Mereka malah berasa amat yakin bahawa pencuri di kampung tersebut akan langsung dihukum menjadi buta dan orang yang tidak jujur akan dikutuk teruk selama tujuh setengah tahun.

Anehnya, penduduk Shani Shingnapur juga percaya ketika seseorang cuba mahu memasang pintu kayu di rumahnya, orang tersebut langsung akan mengalami kemalangan jalan raya.

Ekoran sejarah unik ini, desa itu menjadi tumpuan dari seluruh India. Setiap hari, sekitar 40,000 orang datang ke tempat batu keramat yang berkembang menjadi kuil besar dan menerima banyak sumbangan.

Walaupun Shani Shingnapur bebas daripada kes curi selama berabad-abad, pada 2010 lalu seorang pengunjung mengaku mencuri barang dan wang bernilai 35,000 rupee (kira-kira RM2,102).

Setahun kemudian, satu lagi laporan curi melibatkan perhiasan emas bernilai 70,000 rupee (RM4,204). Namun kes tidak diteruskan kepada pihak polis kerana penduduk yakin ia terjadi di luar kampung itu.

Ada juga pihak skeptik menyatakan, rendahnya kadar jenayah karena lokasi desa itu terpencil dan bukan kerana kesaktian dewa pujaan penduduk kampung tersebut selama ini.

0/komen