Samsung Melancarkan Monitor Pintar Tizen OS

Samsung Smart Monitor yang  telah dilancarkan adalah monitor komputer pintar dengan sistem operasi Tizen OS 5.5. Dengan kata lain ia boleh digunakan seperti televisyen pintar walaupun ketika komputer dimatikan.

Tiga model dilancarkan dengan M5 hadir dengan dua saiz iaitu 27″ dan 32″ dengan resolusi FHD. Sementara model M7 pula sebesar 32″ dengan resolusi 4K. Smart Monitor menyokong sambungan VESA, paparan HDR10, sokongan Bixby, Google Assistant dan AirPlay2. Terdapat juga sokongan WiFi 5 dan Bluetooth 4.2.


Dari segi audio pula ia sekadar dilengkapi sepasang speaker 5W. Pilihan I/O pada M5 ialah 2X HDMI 2.0 dan 2X USB-A 2.0. Pilihan I/O pada M7 pula ialah 1X UBS-C, 2X HDMI 2.0 dan 3X UBS-A 2.0.

Samsung Smart Monitor M7 ditawarkan pada harga $400 (~RM1646), Smart Monitor M5 32″ pada harga $280 (~RM1152) dan Smart Monitor M5 27″ pada harga $230 (~RM946).

 

0/komen