SOP PKPB – Perkhidmatan Seru-Pandu Dan Penghantaran Makanan Dibenar Beroperasi



Dibawah peraturan baharu, beberapa perkara berubah bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

Salah satunya adalah berkenaan dengan perkhidmatan teksi dan seru-pandu yang dibenarkan beroperasi antara 6 pagi sehingga 12 tengah malam, dan membawa maksimum 2 orang penumpang.

Pada masa yang sama, MKN turut mengumumkan perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam sepanjang tempoh PKPB ini.

Ia tidak diketahui lagi bagaimana perkhidmatan ini akan beroperasi – sama ada melalui dapur setempat atau sebaliknya, memandangkan restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam sahaja.


0/komen