Jiran Ku Orang Bunian 2


Semenjak aku mengetahui ada dua perkampungan jin dibelakang rumahku, aku telah menasihati anak- anakku untuk tidak melalui denai bersemak belukar itu lagi.
Aku bersyukur anak- anakku faham dan memang taat serta patuh dengan nasihatku.

Mungkin mereka lihat adik ke empat mereka teruk bila gatal- gatal itu menyerang.
Suatu hari , pada waktu maghrib tiba- tiba bekalan air kerajaan terputus , aku meminta anak sulungku ke belakang untuk membuka air tangki simpanan yang terletak dibelakang rumah.

Anakku keluar ke belakang rumah, sebaik sahaja sampai di tangki itu dia terus menekan suis malangnya suis yang mudah memjadi payah untuk ditekan.
Aku pelik kenapa anakku lambat sangat membuat kerjanya , aku pun turun ke belakang .

Sebaik sahaja sampai ke belakang anakku menunjukkan padaku suis itu sukar ditekan.

Aku pun cuba menekan suis itu tetapi masih gagal.

Tiba- tiba aku melihat diatas tangki ada satu makhluk berbulu macam gorilla sedang tersengih bodoh memandang kami.

" ehhh , jangan nak bergurau , mu makhluk aku makhluk aku ni nak kejar masa nak solat kataku tunggu lepas solat aku datang..kataku dengan nada tegas.
Makhluk itu hilang dan kami naik ke rumah.

Seusai solat aku ke dapur dengan tidak semena- mena air paip tidak keluar.

Aku menjadi geram dan aku teringat mesti ke belakang sekali lagi .
"Rasanya enjin air ni masalah" bisik hati kecilku..

Suamiku pula ke masjid , masih belum pulang aku membuat keputusan untuk turun ke belakang sekali lagi..

Aku keluar melalui pintu dapur dan terus ke belakang.

Tiba disana aku lihat seekor gorilla sedang menunggu aku ditepi tangki air.
" Ehh, kenapa ganggu aku , letih aku turun naik kataku dengan nada marah..
" Mu ada hal apa ganggu aku, aku tidak ganggu kamu kataku lagi.

Makhluk itu diam tidak ada respon.

" Mu ni tak reti bahasa manusia ke ? tanyaku lagi..
Aku pun cuba menekan suis enjin air yang mati mujurlah hidup..
Aku terdengar suara makhluk itu berkata" aku datang ni nak melihat Siapakah manusia yang membuat puak aku kepanasan".

" Setiap kali , zikir rukyah dialun puak aku kepanasan dan terseksa kata makhluk itu.

" Aku tahu mu ni orang keturunan , aku memang tidak boleh lawan kamu katanya lagi.

"ALLAH maha hebat, manusia , jin , iblis ialah makhluk ALLAH .

Aku hanya takutkan ALLAH " baik mu pergi dari sini..

"Baiklah"

"Aku ni wakil puak jin , Aku nak minta mu buat pagar agar segala amalan dan rukyah kamu tidak sampai ke kampung aku katanya lagi.

"Aku rasa baik mu pindah jauh dari rumah aku " 

Rumah aku ni memang tempat merawat orang sakit zikir rukyah ayat suci alquran akan sentiasa dialunkan.

Aku tidak bertanggungjawab kalau puak mu terseksa , kataku lagi..

" Baiklah beri kami tempoh katanya lagi.
"Ikut pandai puak mu lah jin" kataku lagi.

Aku naik ke rumah , sayup- sayup kedengaran bunyi suara- suara orang bercakap.
" Mama, belakang rumah kita cerah , lepas tu bunyi bising kata anak- anakku.

Anakku yang ke 4 berkata " puak dia kalut nak pindah mama".
"Biarlah" kataku " itu baik bagi puak dia.

Seusai anakku menegur belakang rumah kembali normal tiada apa- apa yang pelik..

Agaknya betul mereka berpindah aku tidak ambil tahu dan tidak mahu tahu..
Biarlah mereka dengan dunianya kita dengan dunia kita...
Semenjak itu tiada lagi apa- apa yang pelik berlaku...
 

0/komen