Jiran Ku Orang Bunian.


Petang itu aku singgah rumah emak seketika untuk bertanya khabar setelah sekian lama tak bersua mereka. Rumah ayah terletak jauh dari orang. Untuk memasuki tanah ayah terpaksa berjalan sejauh 1500 meter dari Pusat Pertanian. Waktu itu masih berhutan lagi kerana tuan tanah sekeliling tanah ayah masih tidak mengusahakan tanah2 kurnia secara sepenuh masa. Sekadar datang sekejap 2 - 3 jam dan tinggal seminggu dua malah berbulan pun ada. Jadi tinggallah emak dan ayah di tanah itu suka atau tidak dengan hanya berbekalkan semangat, keberanian dan tawakkal pada yang esa.. 

Sedang rancak bersembang tiba2 terpacul keluar kata2 emak. 

"Din, malam ni temankan kami tidor, entahlah sejak dua tiga hari ni bila malam selepas  jam 12 terdengar  keriuhan kat luar rumah. Entah sapalah punya kerja" Keluh emak pada ku.

Aku hanya diam seketika bila emak mengadu dan fikiran ku mula melayang dan terbayang kemungkinan 'Mat2 Gian' punya angkara membuat onar tengah2 malam di kawasan tersebut. Samada doktor2 Mat Gian atau geng2 curi kabel letrik. Ketika itu, rumah emak dah siap pemasangan pendawaian letrik cuma menunggu pihak LLN menanam tiang2 dan kabel dari jalan utama hingga depan rumah sejauh 2000 meter.

Sembang punya sembang jam telah menunjukkan 6.30 petang. Lantas aku pun bersiap sedia untuk pulang ke rumah kuarters Jabatan Pertanian yang hanya terletak 1500 meter dari rumah ayah. 

Sesampai di kuarters, aku terus mengajak anak dan isteri untuk bermalam di rumah emak. Orang rumah terus bersetuju tanpa banyak alasan. Selepas makan malam, kami bertiga menaiki motor menuju ke rumah emak. Tiba jam 10 malam dan kelihatan emak telah pun menyiapkan kami untuk tidur. Isteri dan anak terus masuk ke bilik dan tidur sedangkan aku duduk di hall mula bersembang sehingga jam 1 pagi. Rumah kami ketika itu masih tiada bekalan letrik justeru kami menggunakan lampu cimney dan lampu ayam. Kami masih ternanti2 juga bunyi seperti yang emak katakan siang tadi tapi sunyi dan sepi. Mata mula mengantuk sedangkan emak dan ayah pun dah senyap tiada patah2 perkataan dari mereka. Tidurlah tu. 

Jam dah hampir ke pukul 2 pagi  baru aku nak terlelap, tiba2 terdengar suara manusia meminta tolong dalam jarak 50 - 60 meter dari rumah. Terkejut tupai aku dibuatnya lantas aku mengejutkan emak, ayah dan isteri agar berwaspada dan bersedia untuk apa2 yang akan berlaku. Ayah berpesan padaku agar tidak membuka pintu walau apa pun. Sekadar menunggu dalam rumah. 
Masa berlalu dan dalam kami semua ketakutan dan semakin menjelang pagi bertambah kuat teriakan suara2 itu. Seperti ada beratus2 orang di luar sana. Yang jelas aku dengar teriakan mereka berulang2 kali ialah :  
"Tolong, jangan pasang benda itu!" 

Mereka melolong dan menangis sekuatnya. Terbeliak biji mataku dan hilang rasa mengantuk. Seram, ketakutan dek teriakan yang begitu ramai di luar. Ditakuti mereka menyerang kami. Tiba2 dikejauhan kami mendengar azan subuh berkumandang. Maka suasana menjadi hening sunyi. Entah dari masjid mana azan itu. 

Semalaman tak tidur dan pagi itu ketika bersarapan aku bertanya ayah. 

"Bunyi  apa benda tu ayah?"  Tanya ku. 

"Itulah orang bunian kat kampung ni Din" Jelas ayah ringkas. 
Bermain difikiran kami benda apa pulak supaya jangan dipasang. Telah tiga malam suara2 itu melolong diluar ketika tengah malam. Dek kerana mengantuk aku lena selepas itu di rumah emak.

Jam 4 petang, aku bersama isteri dan anak pulang ke kuarters Pertanian. Dalam perjalanan pulang itu aku bertembung dengan pekerja2 LLN yang sedang memasang kabel bawah tanah dikawasan paya. Kabel 22kv sedang dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah LLN. Kelihatan incharge kontraktor sedang memerhati pekerjanya melakukan pemasangan kabel. Sambil bercekak pinggang dengan bertopi ala koboi dan berkasut kalis kejutan letrik, sungguh bergaya sekali nampaknya.

Terpegun aku diatas motor bersama anak isteri. Tiba2 terpacul keluar dari mulutku bertanya:

"Bila penyambungan akan di buat encik?" 

"Insyaallah bang 2 - 3 hari ni siap kot atau selewat2nya hari Jumaat ni" Jawab incharge kontraktor itu dengan nada dan gaya yang tegas.
Aku mengangguk faham dan berlalu pergi. 

Emak dan ayah dah berpesan agar malam itu kami tidak menemankan mereka  tidor kerana tidak mahu menyusahkan dan ditakuti membahayakan kami anak beranak. 

Hari Jumaat pun tiba dan negeri Johor bercuti am jadi sepanjang hari aku berada di rumah emak. Kelihatan kenderaan LLN berulang alik memeriksa tiang2 dan kabel dipasang dengan elok, kemas dan selamat. 

Kebetulan seorang pekerja LLN berada di tiang lampu betul2 berada di pintu pagar hadapan rumah. Lantas emak ringan mulut bertanya bila agaknya kerja akan diteruskan iaitu kerja memasak timah bagi penyambungan kabel. Ia lantas dijawab oleh pekerja LLN kemungkinan selepas solat Jumaat.

Selepas solat jumaat, kelihatan incharge si 'topi koboi' hendak memulakan menyambung kabel 22kv. Rupanya untuk membuat penyambungan perlu memasak timah menjadi cair lalu dituang. Sebelum itu, dengan menggunakan walkie talkie dia  menghubungi stesyen LLN Pasir Gudang agar mematikan bekalan. Setelah itu barulah kerja2 penyambungan dilakukan yang memerlukan masa lebih kurang dua jam. Incharge si 'topi koboi' adalah seorang yang memiliki sijil dan kelayakan untuk penyambungan kabel. 

Bila semua dah dipastikan selamat incharge si 'topi koboi'  dengan berkasut keselamatan terus terjun ke lubang penyambungan 22kv. Semasa mencecah tanah, kasut keselamatannya telah terkena punca penyambungan kabel. Tetiba dan tak di sangka2 kabel tu menyala mengeluarkan api  kebiru2an. Terkejung, rentung dan melambungnya naik ke atas lubang. Seumpama kena ledakan peluru yang bertubi2 dari leher hinggalah ke kaki. Berasap dan hangit baunya. Tiada seorang pun yang memerhati berani menolongnya. 

Ada seorang Penyelia LLN di situ, mengarahkan agar jangan sesekali menyentuh si 'koboi' itu kerana badannya masih ada arus letrik. Dibiarkan sehingga bunyi meletup2 hilang barulah boleh ditolong. Bermakna badan si 'koboi' di neutralkan duhulu atas bumi. Mulut si 'koboi' masih terkumat kamit berzikir, berasap dan berbau hangit terbakar. Setengah jam kemudian setelah difikirkan selamat barulah pekerja2 LLN  mengangkat si 'koboi' itu ke dalam jip Land Rover untuk dibawa ke hospital berhampiran di Jay Bee.

Kerja2 penyambungan kabel diteruskan juga oleh pihak LLN. Tidak boleh ditangguh kerana bekalan kuasa melibatkan banyak kawasan berhampiran dan tidak mahu terlalu lama  'breakdown'. Mereka bertungkus lumus untuk menyiapkannya sehinggalah selesai jam 10 malam. Apabila di 'On', alangkah gembiranya kami sekeluarga kerana pertama kali selepas 15 tahun tinggal di situ rumah kami bercahaya dengan lampu neon. Tahun 1996.

Malam itu, aku bertekad menemani ayah dan ibu. Tepat jam 12 malam,  keriuhan yang menakutkan itu mula berdendang seperti biasa tapi kali ini berbeza bukan teriakan seperti yang lepas2.  

"Kami tak tahan dengan cahaya itu, kami kena pindah malam ini jugak" Keluh mereka. 

Apabila sebut perkataan pindah memang pindah betul bunyinya. Ada bunyi motor, lori dan kereta selain bunyi suara ayam, lembu, kambing peliharaan mereka untuk berpindah ke pulau. Tak tahu pulau mana. Hiruk pikuk mereka sibuk pindah mengangkat barang2 hinggalah  ke subuh baru senyap sesenyapnya bila azan subuh mula berkumandang. Malam2 seterusnya bunyi suara teriakan telah tiada. Kami bertiga merasa lega. 

Selepas tiga hari mereka berpindah, malam itu berlaku hujan ribut diikuti dengan petir berdentam dentum. Tak pernah berlaku se dahsyat itu sebelum ini. Kami semua ketakutan kerana kedengaran pokok tumbang selepas dipanah petir di luar rumah. Kami semua berdoa sahaja ke hadrat illahi agar dijauhkan dari petaka di hempap pokok besar depan rumah yang besar itu. Pokok itu sebesar 3 pemeluk. 

Dedahannya melebar seperti payung, pangkalnya berbanir dan barulah terjawab bahawa di situlah perkampungan mereka selama ini. Ramai rupanya.

Pasal si 'koboi' kontraktor LLN itu, aku sempat bertanya khabarnya pada penyelia LLN. Dia  meninggal dunia di lebuhraya Pasir Gudang selepas Plentong. Tak sempat untuk sampai ke Hospital Sultanah Aminah Jaybee. 

Dia baik orangnya kerana sebelum menghembuskan nafas terakhir sempat dia mewasiatkan mana2 organnya yang masih bolih diguna hendaklah didermakan pada sesiapa pun  yang benar2 memerlukan. Al-fatihah dibaca untuknya dan kedua ibu bapa ku.
 

0/komen