Bulan Mei lalu, LG hadir dengan LG Stylo 6 iaitu sebuah peranti kelas pertengahan dengan sokongan stilus. Pengganti peranti ini dilihat adalah LG Stylo 7, yang mana imej pengolokan dan sedikit butiran mengenai peranti ini telah tertiris. Kali ini, LG dikatakan mungkin akan melancarkan peranti ini lebih awal – iaitu sekitar awal 2021 dan akan mempunyai dua model di bawah siri LG Stylo 7.
Peranti ini dilihat menggunakan skrin LCD yang rata dengan saiz 6.8-inci dan juga rekaan berlubang untuk kamera swafoto di bahagian tengah. Modul kamera utama dilihat menggunakan tetapan tri-kamera dan disusun secara menegak. Ini adalah rekaan yang standard dan LG jelas sekali tidak mengambil risiko. Port bicu audio 3.5mm turut dikekalkan dan peranti ini mempunyai stilus terbina di bawah peranti seakan Galaxy Note. Untuk sekuriti, pengimbas cap jari fizikal digunakan dan berada di sisi peranti.
Dua variasi peranti ini adalah versi 4G dan versi 5G. Tiada informasi mengenai spesifikasi, atau adakah akan ada perbezaan rekaan antara dua model ini. Tahun lepas LG memilih MediaTek Helio P35 untuk LG Stylo 6, apakah cip yang akan digunakan pada peranti ini dan adakah harganya lebih kurang model lama iaitu sekitar ~RM 783..
Catat Ulasan