Sihir



Sudah dari azali lagi kita ketahui dan dengar tentang sihir. Perbuatan sihir ini memang sudah tidak asing lagi didengar. Pada zaman dahulu perbuatan sihir sangat dipercayai malah sering dikatakan diamalkan untuk menyakiti orang lain atau musuh.

Ketika mendengar kata Sihir, agak-agak apakah yang terlintas dalam fikiran Anda? Kata sihir pastilah tidak asing lagi ditelinga kita, kerana sejak zaman dahulu, sihir begitu dipercaya menjadi alat untuk melukakan orang lain. Bahkan di zaman yang serba canggih seperti sekarang ini, sihir masih kerap terjadi di kehidupan sekitar kita. Sebagai umat Islam yang cerdik pandai, kita memang tidak perlu mempelajari tentang ilmu sihir, akan tetapi kita wajib memahami bagaimana cara menangkal kejahatan ilmu sihir.

Tahukah Anda jika Allah sudah menciptakan beberapa jenis tanaman yang membantu kita dalam menangkal kejahatan ilmu sihir, santau, dan pelbagai kejahatan lainnya. Lalu benarkah tanaman tersebut berkesan sebagai penangkal sihir kerana ditakuti oleh jin dan syaitan, antara tanaman yang berkesan menangkal sihir dan digunakan untuk merawat sihir adalah:

Kurma Ajwa

Buah ini sangat ditakuti syaitan dan Jin sepertimana dalam hadis sahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, diriwayatkan hadith dari Sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau pernah bersabda:

“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir” (HR Al-Bukhari no. 5769 dan Muslim no. 2047

Lalu apakah yang membuat Buah kurma Ajwa dapat mengubati ilmu sihir? Al-Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani menaqalkan perkataan imam Al-Khotobi tentang keistimewaan kurma ajwah iaitu:

“Kurma ajwah bermanfaat untuk mencegah racun dan sihir disebabkan doa keberkatan dari Rasulullah ï·º terhadap Kurma Madinah bukan kerana zat kurma itu sendiri” (Fathul bari syarah al-bukhari oleh Al Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqolani X/239)

Daun Bidara

Pernahkah anda mendengar tentang daun bidara, atau widara dengan nama latin Ziziphus mauritiana adalah sejenis pokok kecil yang mempunyai buah yang tumbuh di daerah kering atau gurun, bidara bearasal dari kata sidrah yang ertinya pokok bidara.

Dalam hal ini sidrah atau bidara sangat berkait rapat dengan perjalanan Isra Mikraj Nabi Muhammad SAW. Lalu mengapa daun bidara termasuk makanan atau herba yang dapat mengubati ilmu sihir?

Mengenai hal ini Ibnu katsir menafsirkan Surat Al-Baqarah ayat 102 yang berkaitan fitnah syaitan terhadap Nabi Sulaiman, bahwa beliau menggunakan sihir bukan mukjizat dan meriwayatkan bahwa yang paling bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulnya, dan untuk menghilangkan hal itu dengan membaca Al-Muawwidzatain ayaitu dua surah pelindung (Al-falaq dan An Naas) serta ayat kursi kerana ayat-ayat ini dapat menghalau syaitan.

Lalu bagimana mengubati sihir dengan menggunakan daun bidara tersebut? Imam Al Qurtubi dari Wahab yang mengatakan bahwa hendaknya diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air kemudian dibacakan ayat kursi lalu diminum kepada orang yang terkena sihir 3 kali teguk dan sisa airnya digunakan untuk mandi insya-Allah akan hilang kesan dari ilmu sihirnya dan diutamakan untuk membaca Al-Falaq, Annas serta ayat kursi kerana ayat-ayat tersebut dapat mengusr syaitan (tafsir ibnu katsir jilid 1 terjemahan ringkas mukasurat 171)
Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah minyak yang keluar dari tanaman yang barokah, Sebagaimana Nabi bersabda:

“Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkahi, berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkati” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Dalam hadis ini menjelaskan bahwa minyak zaitun dapat digunakan untuk menyebarkan bahagian tubuh yang diperlukan pada orang yang terkena sihir.

Bambu Kuning

Tanaman ini tidak seperti bambu-bambu besar pada umumnya, bambu ini memiliki batang pokok yang lebih kecil dan warnanya kuning. Biasanya digunakan untuk pagar diperkarangan rumah.

Bambu ini termasuk tanaman lama, namun berkat rahmat Allah tanaman ini mampu menangkal dan mengusir syaitan dan santau. Bahkan bambu kuning juga dipercaya mampu mencegah niat jahat seseorang yang hendak mencuri atau merompak.

Mawar Merah

Selain menjadi simbol cinta, bunga ini ternyata mampu menjadi salah satu tumbuhan yang mampu menangkal santau dan sihir. Mawar secara khusus dikarunia kan Allah memiliki khasiat menangkap aura negatif yang dihantar ke rumah anda. Aura ini kemudian akan disalurkan oleh tanaman menuju tanah.

Kaktus

Tanaman yang biasa tumbuh di wilayah gurun ini, selain sangat ramah lingkungan dan tak memerlukan penjagaan yang sukar.? Kaktus juga memiliki kemampuan yang seakan sama dengan mawar. Tumbuhan berduri ini dapat meneutralkan serangan santau dan menarik aura rezeki.

Demikianlah pembahasan mengenai makanan yang dapat digunakan untuk menangkal ilmu sihir. Hal ini semua tergantung kita dalam memahaminya dan tetap memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari segala mara  bahaya. Wallahu A’lam bi sowab.

Ibnu Katsir telah mentafsirkan dari Surah Al – Baqarah ayat ke 102 yang mempunyai kaitan tentang fitnah dari syaitan terhadap Nabi Sulaiman. Beliau telah mengunakan sihir bukannya mukjizat dan telah meriwayatkan sesuatu yang paling bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir dan turut mengunakan semua yang diturunkan oleh Allah SWT kepada para Rasulnya. 

Demi menghilangkan perbuatan itu, hanya dengan membaca Al-Muawwidzatain iaitu dua surah pelindung ( Al-falaq dan An-Nass) beserta ayat Kursi ini kerana ayat-ayat berkenaan dapat mengusir kehadiran jin dan syaitan.

0/komen