Siri Kenangan Bersama Bapak

PERMAINAN SIHIR


Sepanjang sejarah kehidupan bapak, permainan sihir bukan hanya berlaku keatasnya semasa di rumah kedai saja. Bahkan sejak dari bapak muda lagi.

Mengikut dari cerita bapak, pernikahan antara bapak dan emak dahulu telah banyak menimbulkan rasa cemburu di beberapa pihak. Antara sebab2nya rasanya tidak perlu dikongsi di sini.

Menurut cerita bapak, kakak sulung saya meninggal dunia sewaktu berusia 3 bulan tanpa sebarang sakit. Meninggal dunia di dalam buaian selepas muntah ketulan darah yg berwarna hitam. Sebelum kakak meninggal dunia, tengahari tu emak dan bapak terlihat sesuatu seperti bola api yg terbang laju dari luar terus menghentam tiang seri rumah dan kemudiannya hilang begitu saja. Belum hilang rasa terkejut mereka berdua tetiba kakak yg sedang lena tidur di dalam buaian menangis dengan kuat. Emak dan bapak segera bekejar kebuaian tapi terkejut sekali lagi bila melihat kakak menangis sambil mulutnya mengeluarkan ketulan2 hitam. Bila bapak lihat betul2, ketulan itu adalah darah beku. Kemudian kakak senyap dan tidak bernyawa lagi. Hal itu berlaku tersangat cepat.

Tidak lama kemudian, emak mengandungkan anak kedua, iaitu yg kami panggil Kak Long sekarang. Semasa kandungan emak berusia lebih kurang 8 bulan, emak dan bapak telah menghadiri majlis kenduri dirumah salah seorang saudara. Semasa majlis sedang berlangsung, salah seorang saudara telah jatuh pengsan dan kemudian meracau2 apabila tersedar. Lalu dipanggil la org berilmu utk merawatnya. Semasa meracau, mangsa itu telah mengaku bahawa dia adalah makhluk yg dipelihara oleh si fulan. Tujuannya adalah untuk membalas dendam kesumat akibat cemburu terhadap bapak dan emak, kerana tidak berpuashati bila bapak telah menikahi emak.

Emak dan bapak yg ada sama2 menyaksikan hal itu dah tentu terkejut apalagi bila makhluk yg merasuk itu sambil ketawa mengilai2 telah mengaku akan kejayaannya membunuh anak sulung emak dan bapak. Dan sekarang dia sedang berusaha utk mematikan bayi yg berada didalam kandungan emak dgn cara melipatnya. Kalau boleh biar emak sengsara sewaktu melahirkannya.

Bapak ternyata marah sangat bila makhluk itu mengatakan akan menghapuskan semua anak2 yg dikandungkan emak supaya musnah seluruh keturunan bapak, atas arahan tuannya. Hal ini bukan hanya emak dan bapak yg mendengarnya tapi boleh dikatakan semua tetamu yg hadir dalam majlis itu pada waktu kejadian itu. Ramai yg dengar sendiri siapakah tuan yg telah mengarahkan makhluk itu. Masing2 terkejut sebab tuannya itu bukan org lain, bahkan ada pertalian persaudaraan dgn bapak juga.

Waktu itu emak dan bapak dah tinggal berasingan dari nenek tapi disebabkan perisitwa itu bapak telah menghantar emak utk bersama nenek semula. (emak kpd bapak). Kemudian bapak terus mencari guru silat bapak utk meminta pandangan dan nasihat apa yg perlu bapak buat. Zaman dulu2 guru silat mmg terbukti punya banyak kelebihan. Setelah berbincang berdua, bapak bersetuju dgn saranan guru silat iaitu utk pulangkan semula segala sihir dan ilmu hitam itu kepada tuan punya badan.

Tapi proses utk memulangkan semula itu tidak semudah kita mengambil pemberian orang dan kembalikan semula barang itu kpd pemiliknya...bapak perlu "mutih". ..iaitu bertapa selama 40 hari dgn hanya makan nasi putih saja dan berbekalkan kapur sirih. Saya tak pasti adakah nasi putih itu akan dibekalkan setiap hari atau secukupnya yg dibawa saja. Saya juga tak ingat pulak bagaimana dgn bekalan minumannya. Selama tempoh bertapa tu ada zikir2 tertentu yg perlu bapak amalkan. Dan bapak wajib bertahan walau apa juga dugaan yg datang, bukan melarikan diri. Dugaan tu seperti bapak akan didatangi dgn pelbagai benda2 pelik, ada yg menyeramkan, ada juga yg melucukan seperti seekor katak dgn wajah yg lucu sebesar kereta, nyamuk sebesar baldi dan mcm2 lagi. Selain kena bertahan, bapak tak boleh ketawa juga biar terasa bagaimana gelihati sekali pun. Bila didatangi dgn gangguan2 spt itu bapak hanya perlu pangkah dgn kapur sirih yg dibawa... nanti gangguan itu akan hilang dgn sendiri.

Bapak lakukan proses "mutih" itu tidak jauh dari kampung. Menurut cerita bapak, selepas beberapa hari bertapa, bapak percaya dirinya telah hilang dari pandangan manusia sebaliknya dilihat dalam bentuk yg lain. Sbb bapak berkata begitu ialah bila suatu hari tu ada beberapa org kanak2 datang bermain ditempat bapak duduk bertapa. Beberapa org dari mereka telah memanjat kaki bapak. Waktu itu bapak sedang duduk dalam keadaan kedua lutut keatas. Bila tak tahan penat sebab dipanjat silih berganti dan dibuat gelongsor, bapak turunkan kaki bapak perlahan2. Kanak2 itu naikkan semula kaki bapak dan dibuat gelongsor lagi. Bapak turunkan semula kaki bapak. Bila asyik begitu, kanak2 tu berkata, "Hish..asyik jatuh jer kayu ni!" Maknanya mmg mereka tidak nampak bapak sebagai manusia lagi disitu.

(Cerita bapak ni membuatkan saya tak berani nak usik apa2 bila berjalan di tempat begitu, samada di dalam hutan atau ditempat2 rehlah. Saya takut itu sebenarnya manusia yg sedang bertapa)😂🙏

Kata bapak, bila habis tempoh 40 hari, bapak pulang kerumah dgn merangkak, tak berdaya lagi nak berdiri apalagi nak berjalan. Mujur ada guru silat yg datang membantu. Seluruh badan bapak dipenuhi dgn pangkah2 dari kapur sirih. Guru silat beritahu bapak bahawa segala godaan yg mengganggu itu sebenarnya datang dari diri bapak sendiri, apa yg bapak pangkah itu adalah memangkah dirinya sendiri. Selepas tamat tempoh "mutih" bapak pun kembali menjalani kehidupan biasa...

Tak lama selepas itu terdengar berita kematian dalam kampung itu dan juga kampung berhampiran. Lepas seorang, seorang. Ada yg sampai 3 org dalam sehari. Ada yg belum siap keranda dibuat oleh orang kampung disebelah pagi, dah meninggal seorang lagi dan diikuti seorang lagi... pendekata makhluk itu telah mengamuk dgn mengerjakan keluarga tuannya sendiri. Sebagaimana tuan itu ingin menghapuskan keturunan bapak, begitu juga dia menghapuskan keturunan tuan tadi seorang demi seorang.Semuanya telah berbalik kpd dirinya sendiri. Akhirnya tuan itu yg juga masih bersaudara dgn bapak menyerah kalah dan berlutut kepada bapak. Tak sanggup pulak dia kehilangan keluarganya sendiri. Tapi kenapa dia tak fikir begitu sewaktu dia membuat onar keatas bapak kan?

Saya tak ingat bagaimana bapak selesaikan perkara itu. Apa pun anak kedua emak dan bapak dilahirkan secara songsang. Bukan keluar kaki dulu tapi ponggong dulu, dalam keadaan berlipat dua. Mujur nenek sebagai bidan berpengalaman dlm menghadapi kes2 seperti itu dan kakak dilahirkan dgn selamatnya. Itu la Kak Long saya sekarang. Sekadar berkongsi, Kak Long saya diberi kelebihan merawat org yg tercekik tulang tau. Boleh dikatakan anak2 yg dilahirkan secara songsang, tak kira samada keluar kaki atau ponggong dulu biasanya diberi kelebihan seperti itu. Mereka cuma perlu baca Bismillah dan selawat sebelum meniupnya ke air dan beri mangsa tercekik tulang itu minum. Dengar mcm tak logic dan kelakar kan tapi saya sendiri dah mengalaminya. Anak saya juga. Sama juga macam lelaki bujang yg dgn ikhlas menikahi janda. Mereka automatically diberi keizinan oleh Allah boleh merawat penyakit kayap. Wallahua'lam bissawab.

Dulu2 di kampung tu pun ada seorang janda yg sangat menggilai bapak. Suatu hari sewaktu berselisih jalan, wanita itu menegur bapak seraya menepuk badan bapak dgn seuntai daun sirih. Lepas kejadian tu bapak asyik teringatkannya saja, siang malam pagi petang hanya wajah wanita tu yg muncul diruang mata. Bapak mengadu kat emak. Emak kemudian mengadu kat ibu mertuanya. Kemudian nenek rawat bapak, pun gunakan daun sirih juga baru la hilang gangguan itu. Anehnya emak dan wanita itu kekal berkawan sampai ketua bagai tiada apa2 yg berlaku. Kalau saya, saya dah takmau tengok lagi dah muka kawan yg begitu heh heh🙏😅

0/komen