
Terdapat satu air terjun di Australia yang dikatakan sebagai Air terjun syaitan. Hal ini demikian kerana air terjun ini telah meragut nyawa ramai mangsa.
Air terjun ini terletak di Babinda di wilayah Queensland, Australia. Permulaan kepada gelaran air terjun syaitan adalah apabila seorang pelancong yang hilang di sini.

Pelancong tersebut tidak ditemui sehingga ke hari ini. Sejak itu, air terjun ini tidak henti-henti daripada meragut nyawa mangsanya.
Pada tahun 1959 sahaja, seramai 18 mangsa telah kehilangan nyawa akibat menjadi mangsa air terjun ini.
Terdapat satu kisah ataupun urban legend daripada kepercayaan orang asli Australia mengenai air terjun ini.
Dikatakan pada zaman dahulu terdapat seorang gadis daripada suku Yindinji bernama Oolana telah jatuh cinta dengan seorang jejaka yang merupakan pahlawan dari suku lain bernama Dyga.
Oolana dan Dyga mengambil keputusan melarikan diri untuk meneruskan kehidupan sebagai kekasih kerana suku Yindinji tidak menerima suku lain untuk dikahwinkan.
Malangnya, para pahlawan Yindinji telah berjaya menangkap Dyga dan mengagalkan rancangannya untuk melarikan diri dengan Oolana.
Dyga dijatuhkan hukuman mati. Oolana pula mengalami tekanan perasaan yang teramat menyebabkan dia mengambil keputusan untuk terjun ke dalam air terjun untuk membunuh diri.
Sejak itu, air terjun tersebut dianggap berhantu oleh suku Yindinji kerana mereka percaya roh Oolana menghantui air terjun itu.
Warga Queensland turut percaya mangsa yang mati di air terjun itu disebabkan roh Oolana yang membunuh mereka.
Apa pun, mungkin itu cuma sekadar kebetulan. Namun walaupun dianggap berhantu, air terjun tersebut tetap menjadi tarikan pelancong yang menarik di Queensland..
Catat Ulasan