Bukan itu sahaja, malah al-ahnaf juga dianggap sebagai orang Arab yang amat beradab dan adab sopannya ini menjadi suri teladan untuk semua.Adab sopan yang dimilikinya menyebabkan suatu hari ketika Amru bin al-Ahtam mengupah seseorang untuk melemparkan caci maki kepadanya, al-Ahnaf hanya membisu mendiamkan diri.
Apabila lelaki ini melihat tiada sebarang tindak balas daripada al-Ahnaf, malah beliau tidak memperdulikan caciannya, lelaki itu mengetap ibu jarinya sambil berkata: "Alangkah malunya. Keenganannya membalas kata-kata kesat saya tadi amat memalukan saya.
"Suatu hari ketika al-Ahnaf berjalan bersendirian di pinggir Basrah, seorang lelaki menahannya. Orang ini mencerca, mengaibkannya dan mengeluarkan kata-kata yang kasar. Walau bagaimanapun, al-Ahnaf hanya membisu meneruskan jalannya seperti biasa.
Apabila hampir mendekati orang ramai, al-Ahnaf berkata kepada lelaki tadi:"Anakku, jika masih ada lagi yang belum engkau katakan, katakanlah sekarang kerana jika kaum saya mendengar apa yang engkau katakan itu, mereka akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepadamu
Apa yang lebih hebat ialah al-Ahnaf juga seorang yang kuat beribadat, berpuasa, solat malam, seorang yang zuhud dan tidak mengharapkan pemberian orang.Apabila malam menjelma, beliau akan menyalakan lampunya dan diletakkan berdekatan dengannya sambil beliau mendirikan solat di mihrabnya.
Beliau akan mengerang seperti orang yang sakit dan akan menangis seperti orang yang kematian anak kerana mengharapkan belas ALlah supaya dijauhkan daripada azab dan kerana takutkan kermurkaan-Nya.
Setiap kali terlintas di fikirannya dosa yang telah dilakukannya atau suatu kesalahan yang pernah dilakukannya, beliau akan mendekatkan jari ke api pelitanya. Beliau akan berkata :"Rasakan wahai Ahnaf, kenapa engkau lakukan perkara itu pada hari itu.
Celakalah engkau wahai Ahnaf. Jika engkau tidak mampu menahan api pelita ini dan tidak dapat menahan kepanasannya, bagaimana mungkin engkau akan dapat menahan kepanasan api neraka dan mampu menahan seksaannya?!""Ya ALLah, jika Engkau ampuni aku, itu sememangnya hak-Mu dan jika Engkau mengazab aku, aku sememangnya layak menerimanya.
Semoga ALlah meredhai al-Ahnaf bin Qais. Tokoh agung dalam sejarah dan contoh unggul buat umat manusia..
Catat Ulasan