Keadaan sebegini sering terjadi dalam kehidupan seharian kita, Mungkin kita terlupa dimana letaknya barang tersebut kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah.. Ataupun hilang di mana-mana dan ataupun barang itu dipinjam oleh rakan kita... dan.....Ataupun...... Pening bukan memikirkan hal sedemikian.. Lagilah jika barang itu teramat penting... "Time nak pakai tak jumpa, time tak pakai ada pula". Itulah kata-kata yang sering kita ungkapkan.
Di sini ada beberapa cara, tips dan petua yang dapat membantu kita supaya mudah untuk mencari sesuatu yang kita cari, tak percaya try tes tengok nanti...
Cara 1
Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.
Cara 2
Baca:
Al-Fatihah 7 kali
Al Fath 1-3 7 kali
Al Khafi Ayat 19 7 kali
Surah Al-Ikhlas 7 kali
Selawat 7 kali
Ya Allah 3 kali.
Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119 kali
Sesudah selesai cara ke 2 semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Cara 3
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin/Ahlillah/Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi.
Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:
“Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”
Maksudnya, “Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”
Berkata Imam Nawawi,
“Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya.
Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Catat Ulasan