Apabila disebut penanggal atau hantu kepala terbang mesti orang akan terbayang Malaysia dan Indonesia, tapi tahukah anda sebenarnya penanggal ini ada di hampir semua negara di Asia Tenggara?
Sebenarnya, sejak ribuan tahun yang lalu, "hantu" kepala terbang nie dah dicatat di dalam kitab² Ancient China?
Contohnya kitab Sou Shen Ji (搜神記) yang bermaksud "Menjejak Paranormal" (lebih kurang macam tu) yang dipercayai telah dikarang serta diolah oleh Gan Bao pada abad ke 4..
Di dalam kitab itu menceritakan lebih kurang pada zaman Dinasti Qin (221 SM - 206 SM) iaitu kira-kira 2200+ tahun yang lalu, ada beberapa suku/puak dari selatan yang dikenali sebagai Luo Tou Ming (落头民) dimana mereka mengamalkan sebuah ritual yang dinamakan sebagai Chong Luo (虫落) iaitu ritual penanggal tula..
pada zaman 3 empayar (pecahan kepada Dinasti Qin yang ke 18), seorang jeneral bernama Zhu Huan mempunyai seorang orang gaji yang berasal daripada selatan China. kepalanya akan tertanggal dari tubuhnya pada setiap malam lalu ia akan merayap dan akan kembali ke tubuhnya sebelum waktu Subuh. ianya sangat mirip dengan Penanggal versi nusantara.
Selain dari itu kitab Sou Shen Ji, kisah mengenai penanggal ini juga telah direkodkan dalam kitab Tai Ping Guang Ji (太平广记) iaitu pada era Taiping dimana ia adalah olahan semula cerita² supernatural daripada zaman Dinasti Song yang bermula pada abad ke 8 dan berakhir pada abad ke 13.
Menurut kitab tersebut, dulu di timur Ye Shan (邺鄯) orang selalu melalui di sebuah kawasan di tempat tersebut bersama haiwan² ternakan dan kuda² mereka. mereka dikatakan sering melihat kepala lelaki terbang yang berlalu di situ, dengan itu mereka menggelarnya Fei Tou Liao Zi (飞头獠子) iaitu Barbarian Kepala Terbang...
Demikianlah contoh² "penanggal" yang pernah direkodkan dalam kitab² dari empayar Ancient China.
Sebenarnya banyak lagi kitab yang merekodkan mengenai hal penanggal nie selain dari 2 kitab di atas contohnya You Yang Za Zu (酉阳杂俎) dan Bo Wu Zhi (博物志), at least ini yang saya jumpa, mungkin masih ada lagi.. tapi selain dari kitab², mengenai penanggal di China ini juga telah difilemkan dari Hong Kong dalam filem yang berjudul Gong Tau: An Oriental Black Magic.. peminat horror harus tengok filem ini..
Adakah selain Nusantara, penanggal hanya diketahui oleh China? tidak, bahkan hampir seluruh Asia Tenggara mempunyai folklore pasal penanggal nie,
Contohnya:
1. Nukekubi (抜け首 ぬけくび-Jepun) tanpa perut terburai
2. Krasue (กระสือ-Thailand)
3. Kasu atau Phi-Kasu (ກະສື-Laos)
4. Arp/Ahp (អាប-Kemboja)
5. Ma Lai (Vietnam)
6. Magtatanggal/Wowog/Kalibadot (Filipina)
7. Kuyang/Penanggalan/Leyak/Leak/
8. Palasik/Parakang (Indonesia)
9. Penanggal (Malaysia)
Akan tetapi ada di kalangan Indian (native) di Amerika yang ada folklore dikalangan mereka mengenai hantu kepala terbang yang dipanggil Iroquois,
Di Amerika Selatan juga ada hantu kepala terbang yang dipanggil Chon Chon, cuma versi mereka adalah kepala terbang dan telinga sebagai sayap tanpa perut terburai..
Tapi benarkah semua ini? atau sekadar mitos masyarakat semata-mata? jawapan saya, saya x tau sebab saya sendiri x pernah jumpa, akan tetapi banyak cerita yang saya dengar dari orang termasuk kawan² saya sendiri menceritakan mereka pernah terserempak. tapi mereka melihatnya ia dalam bentuk bebola api, selalu kawan² saya jumpa di kawasan sawah, kata mereka, benda tersebut mencari makanan iaitu katak.
Menurut sebahagian orang, itulah penanggal (ditempat saya dipanggil hantu Tanglung) yang boleh bertukar rupa sebagai bola api,
menurut sebahagian yang lain mengatakan bebola api terbang adalah sihir yang dihantar yang dipanggil Polong atau Banaspati.. mana satu yang benar Wallahu a'lam saya tidak tahu namun atas sebab² tertentu saya tidak menolak kemungkinan ianya wujud kerana dengan izinNya, apa pun boleh berlaku..
kebanyakkan cerita Penanggal atau Kepala Terbang "sedunia" ini mempunyai persamaan, iaitu Penanggal ini 💢bukanlah hantu a.k.a jin, tapi adalah manusia💢 yang mengamalkan ilmu hitam yang hanya berlaku pada waktu malam dan mereka kembali ke tubuh mereka sebelum matahari terbit, persis seperti yang diketahui oleh masyarakat Nusantara..
Bagi saya perkara ini tidak mustahil walaupun ianya tak masuk akal, cabut kepala dari badan ikut logik akal memang K.O la, tetapi mungkin ini adalah Istidraj yang menjadikan benda ini dengan izinNya.. benda ajaib bukan sekadar pada Mukjizat dan Karomah.
Istidraj juga ada perkara yang ajaib.. Tuhan mengizinkan berlakunya perkara itu supaya pelakunya terus menerus melakukan kesesatan yang akhirnya dia mati dalam keadaan itu tanpa sempat bertaubat, dukun tukar daun jadi duit, dukun jalan atas air, dukun seru jin mintak nombor pastu esok naik nombor 1 berulang-ulang kali juga termasuk Istidraj, semoga kita semua dijauhkan dari Istidraj bahkan sihir itu merupakan satu kesyirikkan... wal iya dzubillah..
Persoalan yang timbul adakah ritual penanggal ini berasal dari China (zaman Ancient China) yang kemudiannya berkembang ke negara² yang lain yang diajarkan oleh dukun² mereka? adakah mereka pelopornya?
Wallahu a'lam saya tidak tahu, tapi ini antara rekod tertua yang pernah saya jumpa tapi saya belum pernah jumpa rekod² dari Nusantara. ataupun ia berasal dari tempat lain? Wallahu a'lam saya tidak tahu.. mungkin ya mungkin tidak.. yang pasti sihir dah lama berlaku bermula di zaman Babylon. ada yang berpendapat itu adalah zaman Raja Namruz atau Nimrod menurut bahasa akademik..
Kesimpulannya, benarkah perkara ini? jawapan saya seperti perenggan di atas 👆🏻 Wallahu a'lam saya tidak tahu apakah ianya sekadar mitos masyarakat ataupun lagenda yang pernah wujud (atau masih wujud?) lagipun saya tidak pernah terserempak dengan penanggal nie melainkan mendengar dari cerita orang lain yang x kurang banyaknya.. sekiranya anda mempunyai pengalaman, maka jangan malu² untuk ceritakan..
PERINGATAN BAHAWA kisah penanggal ni rupa-rupanya bukan sahaja di Nusantara, malah ada juga di sudut dunia yang lain.
A𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐦, 𝐭𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡
𝙨𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧: blog² Taoist yang saya tidak boleh sebut namanya dan beberapa sudut tersembunyi di internet
Sebelum tu saya ingin berpesan dan bagi disclaimer kedua bahawa sekadar membaca kitab kepercayaan orang lain tidak akan memesongkan aqidah seseorang, kecuali dia beriman dengan perkara yang batil itu... seorang muslim yang membaca kitab Taurat tak kan menjadikan dia seorang Yahudi, kecuali dia beriman dengan perkara² yang batil di dalam kitab Taurat (yang telah dipesongkan) kecuali isi kandungannya yang selari dengan Al-Quran dan Sunnah contohnya di dalam Book Of Genesis menceritakan Tuhan menciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari dimana ianya selari dengan ayat Al-Quran Allah menciptakan langit dan bumi dalam masa 6 hari:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa"
Ulama² silam juga ada yang merujuk Taurat dan Injil contohnya dalam hal sirah para Nabi, jadi membaca kitab yang mempunyai kepesongan tidak semestinya menjadikan seseorang itu rosak aqidahnya, kecuali dia beriman dengan kebatilan setelah membacanya.. kalau hanya dengan membaca kitab yang pelik² mampu menyebabkan kita terpesong maka jangan tengok filem² horror sebab ada banyak kesyirikkan yang berlaku dalam tu..
𝙗𝙤𝙣𝙪𝙨: anda boleh rujuk filem² Penanggal dari luar dan dalam negara, contohnya:
Inhuman Kiss (Thailand)
My Mother Is Arb (Kemboja)
Mystic In Bali (Indonesia)
Nieng Arp (Kemboja)
Tamnan Krasue/Demonic Beauty (Thailand)
Krasue Sao/Ghost Of Guts Eater (Thailand)
Bloody Krasue (Thailand)
The Real Parakang: Warisan Berdarah (Indonesia)
Palasik (Indonesia)
Hi5teria (Indonesia~filem anthology)
Penanggal: The Curse Of The Malay Vampire (Malaysia)
Histeria 2003 (Malaysia~filem anthology)
Misteri Balan Balan (Malaysia)
The Witch With Flying Head (Taiwan/Hong Kong)
Gong Tau: An Oriental Black Magic (Hong Kong)
dan sebagainya..
Selain dari filem, penanggal juga ada di dalam video games seperti Home Sweet Home 2 (Thailand~PC), Eyes: The Horror Games (Poland~Android)..
Catat Ulasan