Honor Band 6


Honor Band adalah penjejak kesihatan tersendiri Honor yang bersaing dengan Mi Band dari Xiaomi. Honor Band biasanya ada keunikan tersendiri, seperti boleh digunakan pada kasut, skrin lengkung dan banyak lagi.Ia adalah penjejak kesihatan dengan skrin nirbingkai dan Honor mendakwa, ia adalah pertama dunia. Tetapi sayangnya, ia terhad di pasaran China sahaja.

Pasaran Malaysia hanya ada Huawei Watch Fit, yang mana mempunyai rekaan dan fungsi yang lebih kurang sama

Terkini, penjejak kesihatan dengan skrin adalah AMOLED 1.47-inci berwarna dengan kaca 2.5D dan resolusi 194 x 368 ini diperkenalkan untuk pasaran global. Secara tidak langsung menjadikan, Honor Band 6 adalah peranti Honor pertama tahun 2021 (untuk pasaran global) selepas keluar dari Huawei.

Ia menyokong kawalan gestur, di sisi adalah butang ke skrin utama/hidupkan skrin dan sisi lagi satu hanya ada tulisan “Honor”. Ia mempunyai 10 mod sukan, pemantauan oksigen dalam darah, sistem pemantauan denyutan nadi 24 jam Huawei TrueScreen 4, sistem pemantauan tidur Huawei TrueSleep, serta pemantauan haid. Ia turut mempunyai sokongan pembantu digital tersendiri.



Bateri adalah 180mAh dengan ketahanan selama 14 hari, menggunakan sistem Bluetooth 5.0, sensor pemecut, giroskop, perlindungan air 5ATM, dua variasi NFC atau tiada NFC dan pengecasan bermagnet. Sekali imbas, ia kelihatan seperti Honor Watch ES
 
Warna yang ditawarkan adalah Meteorite Black, Seagull Grey, dan Coral Powder. Tetapi warna ini adalah untuk tali jam sahaja, Honor Band 6 itu sendiri akan kekal berwarna hitam. Harga jualan adalah $35 iaitu sekitar RM142 sahaja. Versi NFC dilihat tidak ditawarkan untuk pasaran global. Selepas sekian lama Honor Malaysia senyap, mungkin kita akan lihat kehadiran produk ini di pasaran tempatan tidak lama lagi

0/komen