Samsung Galaxy A32


Samsung kini telah memperkenalkan variasi telefon dengan sokongan 5G pada harga paling rendah buat masa ini daripada mereka, iaitu Samsung Galaxy A32 5G. Buat masa ini, ia diperkenalkan di Eropah sahaja, dan dijangka diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.

Samsung Galaxy A32 5G hadir dengan skrin 6.5-inci TFT LCD pada resolusi 720p+, dijana cip lapan teras 2.0Ghz, memmori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 15W, dan menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Untuk rakaman gambar, Galaxy A32 5G menggunakan kamera utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman).

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung Galaxy A32 5G ini akan memasuki pasaran tempatan. Di Eropah, ia ditawarkan pada harga sekitar €280, iaitu RM1380 mengikut kadar tukaran mata wang ketika artikel ini ditulis.


 

0/komen