Qualcomm kini telah memperkenalkan satu lagi cip pemprosesan mercu dibawah siri Snapdragon 8xx, iaitu Snapdragon 870.
Cip ini menawarkan kelajuan yang sedikit pantas berbanding Snapdragon 865 Plus sebelum ini, tetapi masih dibelakang Snapdragon 888.
Qualcomm Snapdragon 870 ini menggunakan cip Kyro 585 pada kelajuan 3.2Ghz (berbanding 3.1Ghz pada Snapdragon 865 Plus), selain masih kekal menggunakan GPU Adreno 650, dan modem X55 5G.
Cip ini masih menggunakan binaan 7nm, dan bukannya 5nm seperti pada Snapdragon 888. Kita boleh menyasarkan telefon pintar menggunakan Snapdragon 870 berharga sedikit rendah berbanding peranti dijana Snapdragon 888.
Langkah pengenalan ini juga sekaligus membuatkan buat pertama kalinya Qualcomm memperkenalkan beberapa variasi cip mercu dibawah siri 8xx, berbanding sebelum ini yang hanya memfokuskan kepada satu versi – dan dilengkapi versi penaik-tarafan pada pertengahan kedua.
Sejumlah peranti baru dijangka hadir dengan cip Snapdragon 870 ini, termasuk dari Xiaomi, OnePlus, Motorola, dan juga Oppo – dan dijangka hadir pada suku pertama 2021 ini.
Catat Ulasan