
Sony telah melancarkan sebuah model kamera nircermin premium baru yang dinamakan Sony Alpha 1.
Dari segi rekaan, kamera Alpha 1 mengekalkan rekaan kamera Alpha E-mount yang lain, tetapi dari segi spesifikasi dalaman, ia menggunakan sensor Exmor RS 50MP dan pemproses imej BIONZ XR yang mampu mengambil gambar resolusi penuh pada kadar 30 bingkai sesaat.

Dari segi kemampuan video, kamera Alpha 1 ini boleh merakam video pada resolusi 8K 30FPS dan 4K 120FPS, dan isu lampu pendafluor yang menyebabkan penurunan kualiti video juga telah diperbaiki.
Lebih menarik lagi, Sony turut mempertingkatkan mutu sistem Eye AF kamera ini untuk manusia dan haiwan, dan memperkenalkan sistem Eye AF baru khusus untuk burung bagi jurugambar yang berminat untuk menangkap gambar burung walaupun ia dalam keadaan terbang.

Kamera Sony Alpha 1 ini juga dilengkapi dengan sejumlah port-port baru, seperti sokongan untuk USB 3.2 Type-C, HDMI bersaiz penuh yang menyokong warna 16-bit dan juga sebuah port RJ-45 untuk menghantar fail gambar ataupun video dengan lebih pantas. Ia juga hadir dengan sokongan WiFi 802.11ac untuk memudahkan lagi tugas tersebut tanpa perlu menggunakan kabel.
Di bahagian belakan, panel LCD sesentuh Alpha 1 ini bukan sahaja hadir dengan kadar segar semula 240FPS, tetapi juga tidak akan menjadi gelap apabila mengambil gambar atau video pada kadar bingkai yang tinggi.

Bagi jurugambar sukan, khususnya mereka yang mengambil gambar sukan seperti golf ataupun tenis yang perlu senyap ketiga perlawanan sedang berlangsung, pengkatup kamera ini juga hadir dengan mod senyap dimana mengambil gambar, memudahkan lagi tugas mereka untuk mengambil gambar-gambar yang lebih dinamik ketika perlawanan.
Dalam pada itu, Sony turut menambahkan sokongan compressed RAW dan HEIF pada kamera ini untuk membolehkan jurugambar mengambil gambar berkualiti tinggi, dan menggunakan storan yang sedikit sahaja. Bercakap mengenai storan, Sony Alpha 1 ini hadir dengan sokongan untuk dua kad Compact Flash terbina.
Kamera Alpha 1 ini akan tiba di pasaran-pasaran terpilih pada bulan Mac 2021 dan akan dijual pada harga USD $6500 (~RM26,300) untuk badan kamera sahaja. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui.
Catat Ulasan