Filem James Bond – No Time To Die telah beberapa kali ditangguh kerana studio yang masih ingin menayangkannya di pawagam sedangkan studio lain telahpun menawarkan filem mereka ke platform penstriman. Ini besar kemungkinan kerana filem ke-25 ini dianggar terlalu berprestij dan sepatutnya ditayangkan di layar perak.
Ia ditangguhkan ke April 2021 sebelum pengumuman terkini mengatakan ia ditangguhkan sekali lagi ke Oktober 2022.Penangguhan kali ini bukan kerana Covid-19 tetapi kerana Nokia dan beberapa lagi produk yang telah ditaja.
Beberapa babak yang memaparkan telefon pintar Nokia perlu menjalani proses penggambaran semula. Babak asal dirakam pada tahun 2019 dengan peranti Nokia 8.3 5G dan Nokia 7.2. Kerana kita sudahpun di tahun 2021, kedua-dua peranti ini sudah dilihat terlalu berusia untuk digunakan Bond. Malahan kerangka kevlar bertemakan James Bond untuk kedua-dua peranti telah dijual awal walaupun filem belum ditayangkan.
Selain itu produk lain tajaan Adidas dan jam tangan Omega turut perlu digantikan dengan model lebih terkini. Kerana semuanya telah dibayar oleh penaja, studio perlu memenuhi keperluan kontrak.
Catat Ulasan