ZMI PowerPack No. 20 – Power Bank 25000mAh Dengan Kuasa 210W

Dua tahun lepas, ZMI iaitu anak syarikat Xiaomi yang menghasilkan produk kuasa seperti power bank, kabel, bateri, pengecas dan pelbagai lagi – telah melancarkan ZMI 10 Power Bank Pro. Ia adalah power bank dengan bateri berkapasiti 20000mAh. Ia mempunyai kuasa pengecasan 65W secara output dan 45W secara input.


Kini ia hadir dengan kapasiti bateri 25,000mAh dan mempunyai kuasa 210W. Power bank ini adalah ZMI PowerPack No. 20 (nama China – ZMI 20 Power Bank). Terkini, ZMI telah melancarkan aksesori ini untuk pengguna global dan semua orang boleh membelinya melalui laman web Indiegogo.

Power bank ini ditawarkan pada harga promosi RM401, di mana harga jualan sebenar adalah $199 iaitu sekitar RM807. ZMI PowerPack No. 20 mempunyai skrin bagi memaparkan baki kuasa secara masa nyata. Ia juga mempunyai dua port USB-C, satu kuasa 100W dan satu lagi 45W. Turut terdapat adalah port USB-A yang didakwa mempunyai kuasa pengecasan mencapai 120W.


Ketiga-tiga port ini boleh mengecas serentak pada kuasa maksima 210W dan mengecas power bank itu sendiri menyokong 65W agar dalam masa 2 jam kapasiti 25,000mAh pada power bank ini boleh penuh.

0/komen