Amalan Orang Yang Bertaqwa



Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَتَÙ‚َبَّÙ„ُ اللَّÙ‡ُ Ù…ِÙ†َ الْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa”

(Surah al-Maidah 27)

Dari Fadhalah bin ‘Ubaid, beliau berkata:

“Seandainya aku mengetahui bahawa Allah menerima dariku satu amalan kebaikanku sekecil biji sawi sahaja, maka itu lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya"

Risaunya golongan ahli ibadah dalam bab penerimaan Allah terhadap amal yang mereka lakukan. Kita???sibuk bergelak ketawa makan kuih raya dan mendengar lagu raya!!

Sebahagian ulama salaf berkata,:

“Para salaf biasa memohon kepada Allah selama enam bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Kemudian enam bulan selepas Ramadhan, mereka memohon kepada Allah agar amalan mereka diterima”

Imam Ibnu Rajab al-Hambali mengatakan:

“Tatkala semakin banyak pengampunan dosa di bulan Ramadhan, maka siapa sahaja yang tidak mendapat pengampunan tersebut, sungguh dia telah terhalang dari kebaikan yang banyak"

Kita berharap semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan ini, walaupun kita rasa amalan kita begitu sedikit dan begitu banyak kekurangan di dalamnya.

♡Taqobbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian). Semoga Allah menjadikan kita insan yang istiqamah dalam menjalankan ibadah selepas bulan Ramadhan. Aamiiin♡.


0/komen