Beriman Kepada Al-Quran




فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنْزَلْنَا ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan"

[Surah at-Taghabun 8]

Allah swt telah memerintahkan manusia agar beriman kepadaNya dan kepada RasulNya. Selain itu, beriman kepada al-Quran juga satu tuntutan dan kewajipan kepada seluruh umat manusia. Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir yang Allah swt turunkan kepada nabi dan rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad saw.

Sesiapa yang beriman dengan al-Quran, maka ia akan memperoleh hidayah, petunjuk dan rahmat daripada Allah swt.

وَلَقَدْ جِئْنَاهُمْ بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

"Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman"

[Surah al-A’raf 52]

Namun, bagi sesiapa yang tidak beriman kepada al-Quran, menolak perintah dan larangannya serta memusuhi al-Quran, maka azab yang dahsyat menantinya.

...إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

"...Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)"

[Surah Aali Imran 4]

♡Wajib bagi kita beriman kepada al-Quran. Mengimani al-Quran bukan sekadar dibibir namun dihayati dan diamalkan sepenuhnya segala tuntutan yang terkandung di dalam al-Quran sepanjang kehidupan kita di dunia ini♡




0/komen