Butang Hologram Untuk Tandas Kini Realiti


Di Jepun, sistem canggih seakan fiksyen sains telah dibangunkan untuk mengurangkan sentuhan di dalam tandas. Teknologi Floating Pictogram Technology oleh Murakami Corporation membolehkan butang hologram terapung di udara yang tidak memerlukan sentuhan fizikal. Sensor infra merah mengesan kedudukan jari apabila menekan “butang”.


Tandas di Jepun mempunyai pelbagai butang untuk mengepam tandas, mengawal bidet, suhu air bidet, sistem audio menyembunyikan audio ketika membuang air dan lampu UV nyahkuman. Oleh itu jika butang fizikal digunakan, ia perlu dibersihkan dengan kerap. Selain penggunaan di tandas, Murakami Corporation juga membangunkan butang ATM dan lif hologram atas sebab yang sama.

Ini ialah teknologi yang memang diperlukan di dunia pandemik. Dimulakan dengan tandas dan ATM, kemudian di masa hadapan mungkin hologram gergasi ala Blade Runner dan Ghost In The Shell pula menjadi realiti.

0/komen