Canon PowerShot ZOOM

Canon PowerShot ZOOM ialah sebuah kamera aksi kompak yang hadir dengan zum sehingga 800mm. Ia dilancarkan tahun lalu dan kini disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada April hadapan dengan harga jualan RM1379 sebuah.

Kamera kompak ini dilengkapi sensor 1/3-inci CMOS bersaiz 12.1 Megapixel yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej DIGIC 8. Semasa digunakan, pengguna boleh mengakses EVF sebesar 0.39″ OLED dengan 3.36 juta titik. Ini ialah EVF yang sama seperti yang digunakan pada kamera bingkai penuh EOS RP.

Kemampuan merakam video adalah sehingga 1080p 25FPS dan kemampuan fotografi pula sehingga 10 bingkai sesaat. Kesemua storan adalah menerusi kad mikro SD. Dengan sekali caj PowerShot ZOOM boleh melakukan rakaman sehingga 60 minit atau 150 gambar secara berterusan. Pengecasan semula bateri adalah menerusi port USB-C. Terdapat sokongan telefon pintar menerusi aplikasi khas Camera Connect.

 

0/komen