Hyundai TIGER Robot Tahan Lasak


Terkini robot TIGER (Transforming Intelligent Ground Excursion Robot) telah diumumkan menerusi  New Horizons Studios milik Hyundai di mana TIGER ialah robot empat roda dan berkaki yang mirip dengan Elevate yang diperlihatkan sebelum ini. 

Jika Elevate kelihatan seperti Transformers, TIGER ialah robot yang berskala lebih kecil tanpa kemampuan membawa sebarang penumpang. Sebaliknya terdapat ruang kargo yang membolehkannya menjadi robot penghantaran bungkusan di kawasan terpencil atau dilengkapi modul sensor untuk melakukan pemantau di kawasan dilanda bencana misalnya.


TIGER boleh bergerak menggunakan roda atau merangkap seperti biawak dengan bahagian kaki yang boleh diubah ketinggiannya. Hyundai membayangkan TIGER digunakan dengan sebuah dron untuk melakukan penghantaran bungkusan. Majoriti perjalanan dilakukan di udara dengan TIGER melengkapkan perjalanan kilometer terakhir.

Harapan Hyundai untuk TIGER adalah agak tinggi dengan impian menggunakannya untuk mengembara di permukaan bulan di masa hadapan
Sejak mengambil alih Boston Dynamics, Hyundai mempertingkatkan lagi kemampuan robotik mereka pula. 
 

0/komen