Komputer Riba Framework


Telefon pintar modular pernah ditawarkan kepada orang ramai beberapa tahun yang lalu oleh LG, Motorola dan Essential. Berdasarkan sambutan orang ramai, ia adalah pilihan yang tidak popular sehingga produk telah dihentikan. Tetapi konsep modular masih belum mati dan kini komputer riba dengan rekaan seperti ini pula dilancarkan.

Framework ialah komputer riba 13.5″ yang membenarkan kesemua komponen ditukar secara modular. Skrin, pemproses, RAM, SSD, port, bateri, papan induk dan papan kekunci boleh ditukar ganti atau ditambah baik mengikut keperluan pemilik. Komputer riba ini dihasilkan sebagai jawapan kepada masalah sukarnya pengguna untuk membaiki komputer sendiri sejak akhir-akhir ini. Akibatnya komputer riba yang sepatutnya boleh dibaiki terpaksa dibuang sehingga menambah jumlah sisa elektronik.


Pemilik bebas untuk menambah port USB-C, USB-A, pembaca kad SD dan juga HDMI. Terdapat kod QR pada setiap komponen yang memberikan pilihan yang boleh dibeli serta video bagaimana ia boleh digantikan sekiranya berlaku kerosakan atau ditukar dengan yang lebih berkuasa.

Pada waktu spesifikasi pemproses-pemproses yang ditawarkan serta harga masih belum diumumkan. Mereka sekadar berkata cip Intel generasi ke-sebelas, memori sehingga 64GB dan storan SSD sehingga 4TB akan disokong.

0/komen