Razer Kiyo Pro Ditawarkan Di Malaysia


Razer merupakan salah satu pengeluar yang sering menawarkan aksesori memfokuskan kepada para peminat permainan video. Jika sebelum ini, mereka hadir dengan Razer Kiyo – sebuah webcam yang memfokuskan kepada mereka yang sering menstrim permainan video. Kali ini, Razer memperkenalkan Razer Kiyo Pro pula.

Dari segi rekaan, ia mirip seperti rekaan yang digunakan sebelum ini. Cuma bezanya, Razer Kiyo Pro tidak dilengkapi sokongan pencahayaan lampu hadapan. Ia menggunakan  sensor ultra-sensitif CMOS Type 1/2.8 dengan teknologi STARVIS untuk menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi dalam pelbagai keadaan pencahayaan – termasuklah keadaan cahaya rendah. Ia juga dilengkapi sensor 2.1-Megapixel dan berupaya merakam sehingga 1080p pada kadar 60fps, atau 30fps apabila mod HDR diaktifkan.

Seterusnya, ia juga menyokong kanta sudut lebar dengan tiga pilihan pandangan yang boleh laras iaitu 80°, 90° dan 103° – bergantung kepada penggunaan ketika rakaman. Di samping itu, ia juga mempunyai pelbagai ciri tambahan – misalnya pemasangan fleksibel yang boleh digunakan pada monitor, meja atau tripod.


Seterusnya, Razer Kiyo Pro juga menggunakan sambungan USB 3.0 untuk isyarat 5GB/s bagi membolehkan prestasi video dimaksimumkan tanpa masalah. Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi penutup khusus bertujuan melindungi privasi pengguna ketika webcam ini tidak digunakan. Razer Kiyo Pro ditawarkan pada harga RM1,149 dan anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Razer Asia..



0/komen