Resepi Ayam Masak Butter


Bahan-bahan:
  • 2 keping ayam boneless – di potong kecil
  • beberapa keping cheese
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar cili padi – di cincang
  • 1 sudu besar cili merah – di cincang
  • • 230 ml susu cair
  • 1 pelepah daun kari
  • secubit serbuk perasa ayam knorr
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
Bahan perap:
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara masak ayam masak butter:
  1.  Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
  2. Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan guna non stick pan.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumis cili dan daun kari dengan butter hingga naik bau.
  5. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
  6. Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  7.  Masukkan ayam dan masak sekejap kerana tepung yang di tabur pada ayam akan memekatkan kuah.
  8.  Tutup api dan ayam masak butter siap di makan.


 

0/komen