Wiko Y62 Boleh Didapati Di Malaysia


Meskipun, jenama ini mungkin tidak lagi menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna. Dalam perkembangan terkini, Wiko dilihat mengemaskini barisan peranti mereka untuk pengguna di Malaysia dengan memperkenalkan Wiko Y62.

Bagi yang berminat, Wiko Y62 ditawarkan pada harga RM299 untuk sebuah dan ia boleh dibeli menerusi sejumlah platform berbeza – termasuk kedai atas talian rasmi Wiko di Lazada dan Shopee. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan – iaitu Dark Blue, Light Blue dan Mint.

Untuk spesifikasi, Wiko Y62 dilengkapi skrin bersaiz 6.1-inci IPS LCD dengan resolusi HD+ + (720 x 1560 piksel). Seterusnya, ia juga menggunakan cip Mediatek Helio A20, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Turut melengkapi peranti adalah kamera utama 8-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, bluetooth 4.2, sambungan port mikro-USB, menjalankan Android 11 (Go Edition) dan sebagainya.
 

0/komen