Bantal Peluk Pocong Tular


Bantal pocong ini mempunyai saiz lelaki dewasa dan sesuai dipeluk semasa tidur.


JAKARTA – Bantal peluk menyerupai hantu pocong yang dijual secara online tular di laman Twitter kelmarin.

Bantal bersaiz lelaki dewasa itu dikatakan sesuai dibeli sebagai dorongan untuk segera ‘bertaubat’ .

Menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Twitter @darionlshop, bantal pocong itu menyerupai badan seseorang dan amat sesuai untuk dipeluk.

‘Badannya’ dibungkus de­ngan kain mirip kain kapan lusuh dan kotor, manakala wajah bantal itu pula berwarna hitam pekat.

“Tempahan bantal pocong bersama cadar api neraka sudah dibuka, dijamin tidur nye­nyak dan mimpi sampai akhirat,” tulis akaun tersebut yang diulang kicau sehingga 700 kali.

Rata-rata netizen berkata, mereka seram melihat bantal tersebut dan tertanya-tanya siapa yang sanggup membeli­nya.

“Kalau begini, saya tidak boleh tidur,” tulis seorang pengguna Twitter.

Seorang netizen lain ber­kata: “Tujuannya bagus, ia mengingatkan kita tentang kehidupan di akhirat, bukan di dunia sahaja.”
 

komen