Fitbit Ace 3 Kini Rasmi


 Fitbit Ace 3 telah dilancarkan secara rasmi .Ia adalah seutas penjejak kesihatan yang menyasarkan pengguna berusia 6 tahun ke atas.

Ia dilengkapi skrin PMOLED dengan tubuh dan tali jam diperbuat daripada bahan silikon. Menerusi Fitbit Ace 3 jumlah tapak, waktu aktif, tempoh tidur dan beberapa aktiviti sukan boleh dijejak. Walaupun dilengkapi pengimbas nadi, aneh sekali ia tidak boleh diaktifkan. Pemakai boleh menggunakannya dalam kolam renang kerana kemampuan kalis air sehingga 50 meter. Pengecasan pula hanya perlu dilakukan setiap lapan hari.

Menerusi tambatan bluetooth 4.2, notifikasi dari telefon pintar, dan panggilan telefon boleh diterima. Ibu bapa turut boleh menghantar peringatan kepada anak sekiranya menyedari mereka terlalu lama tidak aktif. Bagi menggalakkan gaya hidup aktif, peranti akan memberikan lencana khas bagi memperingati kejayaan dalam bersukan pada muka jam.

Fitbit Ace 3 hadir dua tahun selepas Fitbit Ace 2 dilancarkan. Dua warna ditawarkan iaitu Black+Sport Red dan Cosmic Blue+Astro Green. Tali jam edisi Minions juga akan ditawarkan tetapi ia akan diumumkan di kemudian hari. Sepasang Fitbit Ace 3 dijual pada harga $79.95 (~RM329).



 

0/komen