Dalam "the dark tales" ataupun himpunan kisah-kisah lagenda yang gelap ataupun "gore" serta seram dari benua Eropah, terdapat satu kisah tentang manusia separuh landak.
Kisahnya bermula begini.
Pada zaman dahulu di sebuah perkampungan yang jauh dari bandar, tinggal sepasang suami isteri yang miskin.
Nasib mereka bagaikan jatuh ditimpa almari. Eh silap, ditimpa tangga. Hal ini kerana sudahlah mereka miskin, tiada anak pula walaupun dah lama berkahwin.
Penduduk kampung itu pun perangai macam musibat lahabau kerana asyik mengutuk pasangan ini disebabkan mereka tiada anak.
Si suami pun dah terlalu stress sangat disebabkan mulut puaka lahanat penduduk kampung yang tidak henti-henti mengutuknya.
Dia pun nekad untuk pergi ke sebuah gua yang dikatakan mampu menunaikan segala hajat.
Di gua itu, si suami ini pun meinta hajatnya. Mulutnya agak tak bagus juga apabila dia berkata "saya nak sangat anak. Tak kisahlah anak landak pun boleh."
Tidak lama selepas itu, si isteri pun terus mengandung dan akhirnya melahirkan anak.
Seperti yang dia cakapkan, anak yang dilahirkan adalah separuh manusia serta separuh landak.
Dari kepala ke pinggang berupa landak manakala dari pinggang ke bawah pula berfizikal manusia.
Si suami terus garu kepala. Dia berasa marah. Dia kurung anaknya itu di dalam bilik bawah tanah di rumahnya sehinggalah lapan tahun lamanya.
Nak dijadikan cerita, anak itu tak mati. Tapi, dia membesar menjadi seorang budak yang separuh manusia dan separuh landak.
Dia meminta kepada ayahnya supaya membuangnya ke dalam hutan. Sekurang-kurangnya dia boleh bebas dalam hutan. Ayahnya pun bersetuju dan membuangnya ke dalam hutan.
Di hutan, si anak itu pun hiduplah seorang dirinya dengan survival skil yang tinggi.
Pada suatu hari, rombongan raja daripada sebuah kerajaan telah tersesat di dalam hutan itu.
Si anak terserempak dengan mereka. Mereka meminta bantuan si anak untuk menunjukkan jalan keluar.
Si anak bersetuju tetapi dengan syarat raja perlu mengurniakannya sesuatu yang berharga.
Raja bersetuju. Dia pun menunjukkan jalan keluar dan raja mengajak dia ke istana.
Di istana, raja bertindak untuk tidak menepati janjinya. Raja tidak kurniakan apa-apa kepadanya sebaliknya mengurung anak itu kerana dia anggap si anak itu makhluk yang pelik.
Si anak berjaya meloloskan diri dari tahanan dan kembali semula ke dalam hutan.
Nak dijadikan cerita, satu hari, ada satu lagi rombongan raja bagi kerajaan lain pula yang tersesat dalam hutan itu.
Si anak menunjukkan mereka jalan keluar dan meminta supaya raja itu kurniakan sesuatu yang berharga kepadanya.
Raja kerajaan ini menepati janjinya. Dia mengurniakan puterinya kepada si anak untuk dikahwini walaupun fizikal si anak tak sempurna.
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya kerajaan itu bermusuhan dengan kerajaan yang telah mengkhianati si anak sebelum ini.
Si anak pun akhirnya bersetuju membantu kerajaan itu untuk menyerang kerajaan yang khianatinya sebelum ini.
Berbekalkan pengalaman serta kearifan tentang jalan hutan, si anak memimpin tentera kerajaan itu dan menumbangkan kerajaan yang satu lagi itu.
Setelah berjaya, majlis perkahwinan si anak dengan tuan puteri pun dijalankan. Nak dijadikan cerita, keajaiban berlaku pada hari itu.
Si anak tiba-tiba sahaja bertukar menjadi manusia sepenuhnya serta memiliki wajah yang kacak.
Catat Ulasan