Larangan Berjalan Atas Eskalator


PENGGUNA dilarang berjalan menaiki atau turun daripada eskalator


TOKYO – Pihak berkuasa di wilayah Saitama, Jepun menetapkan larangan berjalan di atas eskalator untuk mengelakkan kecederaan terutamanya ketika pengguna bergegas menuju ke stesen kereta api.

Pentadbiran tempatan menyatakan, wilayah Saitama telah menggubal draf peraturan penggunaan eskalator itu pada 26 Mac lalu.

Tindakan tersebut menjadikan Saitama wilayah pertama di Jepun yang melaksanakan undang-undang baharu seumpamanya.

Menerusi peraturan itu, pengguna dikehendaki berdiri dan dilarang berjalan naik atau menuruni eskalator.

Pengendali kemudahan itu wajib memaklumkan kepada pengguna mengenai tatacara penggunaan eskalator yang selamat.

Bagaimanapun, buat masa ini, peraturan itu tidak menetapkan penalti kepada pengguna atau pemilik  eskalator yang melanggar peraturan tersebut.

Menurut data yang dikumpulkan Persatuan Lif Jepun, sebanyak 805 kecederaan melibatkan pengguna eskalator akibat berjalan semasa menggunakan kemudahan itu antara Januari 2018 hingga Disember 2019. 
 

0/komen