Mi Smart Projector 2 Pro


Projektor pintar ini mampu menawarkan lontaran imej sehingga bersaiz 120″ dengan resolusi maksimum FHD. Ciri paling menarik projek ialah auto keystone yang memastikan imej yang dipaparkan adalah rata walapun apabila ia ditembak dari sisi.

Imej yang dihasilkan mempunyai keterangan maksimum 13000 nits dan sokongan paparan HDR10. Dengan sistem operasi Android TV, ia boleh dikawal menggunakan arahan suara Google Assistant dan juga sistem rumah pintar yang dimiliki pengguna. Pada waktu yang sama terdapat sokongan Chromecast secara terbina dan pelbagai aplikasi Android popular seperti Netflix dan YouTube.


Dari segi kemampuan audio pula, dua pembesar suara terbina menyokong Dolby Atmos dan DTS HD. Di Eropah Mi Smart Projector Pro 2 dijual pada harga €999 (~RM4876) sebuah.

 

0/komen