Pesawat Hanya Dinaiki Tiga Orang Sahaja



LONDON – Tiga orang wanita di sini menerima layanan bagai selebriti apabila menaiki kapal terbang komersial yang tidak mempunyai penumpang .

Penumpang bertuah tersebut, Laura Stevens, 34; Sarah Hunt, 35, dan Laurie-Lin Waller, 33, terkejut apabila mendapati penerbangan British Airways dari Gibraltar ke Lapangan Terbang Heathrow di London hanya membawa mereka.

Menurut Stevens, mereka menerima makluman bahawa penerbangan akan tertunda selama tiga jam dan apabila tiba di lapangan terbang, kesemua penumpang yang lain telah menaiki penerbangan yang lebih awal.

“Hanya kami bertiga sahaja yang belum menaiki penerbangan yang sepatutnya lewat tiga jam. Disebabkan itu, kami ditukarkan ke tempat duduk kelas perniagaan,” ujar Stevens.

Mereka turut diberi peluang untuk bergambar di kokpit dan kru penerbangan. Malah, ketiga-tiga wanita tersebut tidak perlu beratur panjang di bahagian pemeriksaan imigresen kerana tiada penumpang lain



 

0/komen