Redmi K40 adalah siri peranti premium Redmi untuk tahun ini. Ia hadir dengan tiga peranti berbeza iaitu Redmi K40, Redmi K40 Pro dan Redmi K40 Pro+. Apa yang menarik dengan peranti Redmi baharu ini adalah, mereka antara yang terawal menggunakan skrin AMOLED berlubang di tengah untuk kamera swafoto seakan panel Infinity-O dari Samsung. Panel ini adalah AMOLED E4 yang mana cukup berkuasa dengan sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz, HDR10+, kecerahan mencapai 1300 nits dan resolusi FHD+.
Dengan seperti skrin AMOLED biasa untuk peranti Redmi bukan? Tetapi ianya lain daripada yang lain. Malah ia cukup cantik dan berkuasa sehinggakan pihak DisplayMate memberikan skor A+ untuk skrin peranti-peranti ini.
Menurut DisplayMate, panel skrin ini mampu memaparkan warna yang cukup jitu dan sempurna. Dalam sejarah DisplayMate, siri Redmi K40 adalah antara yang paling tinggi dan juga tergolong di antara 11 peranti lain dengan skrin yang hebat. Bukan itu sahaja, senarai ini juga mempunyai lima peranti yang dicatat dengan skor skrin yang sempurna. Untuk Redmi K40 ia dijana Snapdragon 870 dan dua lagi dijana Snapdragon 888. Lebih menarik ketiga-tiga peranti ini dijual pada harga yang mampu milik.
Redmi K40 untuk pasaran global adalah Poco F3, jadi Poco F3 mungkin akan mempunyai skrin yang sama hebat.
Catat Ulasan