Xiaomi Melancarkan Mi 11 Lite


Nampaknya hari ini Xiaomi tidak berhenti memperkenalkan siri-siri Mi 11. Kita sudah ada Mi 11, Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra dan kini adalah Mi 11 Lite pula. Menurut Xiaomi, Mi 11 Lite adalah untuk mereka yang tidak ingin habiskan wang yang banyak tetapi masih ingin mempunyai pengalaman penggunaan premium. Ia juga menggunakan rekaan yang lebih segar, ringan dan nipis.

Xiaomi mempromosikan peranti ini sebagai peranti paling nipis yang pernah mereka hasilkan. Ia menggunakan skrin rata bersaiz 6.55-inci beresolusi FHD+ dari panel AMOLED. Membezakan siri Mi 11 Lite dengan abangnya adalah skrin kadar segar semula 90Hz sahaja dan bukannya 120Hz. Peranti ini dijana dengan cip Qualcomm terbaru iaitu Snapdragon 780G. Cip ini adalah cip 5nm pertama Qualcomm untuk peranti kelas pertengahan bersaing dengan Exynos 1080 yang masih terhad di China. Memori terhad sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Kamera peranti adalah sistem tri-kamera 64MP + 8MP + 5MP dan kamera swafoto 20MP. Bateri adalah 4250mAh dengan sistem pengecasan pantas 33W yang kerap digunakan pada banyak peranti kelas pertengahan mereka. Xiaomi turut tawarkan pelbagai pilihan warna untuk memenuhi citarasa semua orang. Semua warna juga adalah terang dan ceria serta dengan rekaan nipis ia akan menarik minat ramai orang.


Xiaomi menjual peranti ini pada harga RMB 2299 untuk 8/128 GB dan RMB 2599 untuk 8/256 GB. Jika diubah mata wang ke RM, harga jualan adalah sekitar RM1452 – RM1641..
 

0/komen