Xiaomi Mi 11 Pro Kini Rasmi


Akhirnya Xiaomi melancarkan Mi 11 Pro. Tahun lepas, Mi 11 dilancarkan sebagai peranti Snapdragon 888 pertama dunia dan ramai menantikan versi Pro dan versi Ultra. Kini penantian sudah tamat kerana peranti ini sudah pun rasmi. Spesifikasi dalaman kelihatan seakan sama sahaja, cuma ada beberapa komponen tambahan, ciri dan fungsi “Pro” disertakan.


Mi 11 Pro menggunakan skrin 6.81-inci 2K 120Hz dari panel AMOLED E4 yang sama dengan peranti mereka lain, tetapi saiz adalah lebih besar. Skrin ini juga menyokong paparan HDR10+ dan ciri lain yang setanding dengan peranti mercu premium. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 888 dan dipadankan dengan memori 12GB RAM serta 256GB. Pembesar suara juga masih Harmon/Kardon dan stereo, jadi ia akan memberikan pengalaman yang baik.


Kamera yang digunakan adalah 50MP sebagai sensor utama, yang mana adalah Samsung GN2. Ini adalah peranti pertama dunia dengan sensor ini. Saiz sensor ini adalah besar, iaitu menghampiri 1-inci dan adalah 5x lebih besar dari sensor kamera iPhone 12 Pro. Sensor ini menyokong 1.4um dan juga 2.8um 50mp 4-dalam-satu untuk imej kualiti tinggi, mod malam dan banyak lagi yang lebih kreatif dan hebat. Xiaomi turut menggunakan lensa 8p, OIS dan Dual Pixel Pro. Selain itu, sensor lain adalah sudut ultra lebar 13MP 123 darjah dan juga sensor zum 8MP dengan kemampuan zum 50x. Sokongan rakaman video 8K dan gerak perlahan 1920FPS turut disertakan.


Kapasiti bateri adalah 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas 36 minit untuk cas sehingga 100%. Bukan itu sahaja, pengecasan nirwayar pantas 67W yang mana lebih pantas dari 50W sebelum ini. Xiaomi turut menggunakan sistem penyejukan baharu untuk permua yang lebih elok serta buat pertama kalinya mempunyai perlindungan IP68. Xiaomi menawarkan tiga pilihan warna iaitu ungu, hijau dan hitam. Mi 11 Pro setakat ini dikatakan hanya terhad untuk pasaran China sahaja.

Setiap jualan Mi 11 Pro tiada pengecas, tetapi akan diberi secara percuma atas permintaan.

Harga jualan adalah seperti berikut;

8+128 GB ¥4999, sekitar ~RM3155
8+256 GB ¥5299, sekitar ~RM3344
12+256 GB ¥5699, sekitar ~RM3597

0/komen