Ini kisah sebelum wabak pandemik covid 19 melanda china dan seluruh dunia ..bagaimana pemandu van ini yang tergamak menyumbat 33 murid bersesak sesak dalam van kecil ...tiada hati perut betul lah...
BEIJING – Seorang pemandu van di China ditangkap apabila kenderaan yang dipandunya ditahan oleh polis kerana berkelakuan mencurigakan, dengan membawa muatan yang melebihi batasan sungguh luar biasa.
Ternyata, van kecil yang sepatutnya hanya boleh memuatkan paling ramai pun sembilan penumpang itu didapati sarat padat dengan 33 orang kanak-kanak tempatan untuk dihantar ke sebuah sekolah rendah berhampiran!
Perbuatan kejam tersebut sememangnya berbahaya kerana ia berpotensi membawa risiko masalah pernafasan akibat bersesak-sesak dan lebih buruk lagi, padahnya jika van berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Pemandu tersebut yang cuma dikenali dengan nama Zheng itu berjaya ditangkap pihak polis tempatan di mukim Huoqiu, di Wilayah Anhui di timur China, kira-kira 1,003 kilometer dari selatan ibu negara, Beijing.
Siasatan lanjut mendapati bahawa Zheng memandu van sekolah tanpa kebenaran. Pemerintah China menyatakan, lazimnya pemandu bas atau van sekolah tanpa kebenaran akan memuatkan seramai mungkin kanak-kanak.
Mereka tergamak berbuat demikian demi mengaut keuntungan yang banyak tanpa mempedulikan keselamatan dan nyawa kanak-kanak kecil berkenaan. Zheng bagaimanapun didapati memiliki lesen memandu yang sah.
Namun dia tidak pula memiliki lesen sebagai pemandu yang dibenarkan untuk membawa kanak-kanak sekolah. Meskipun begitu, pemandu tanpa kebenaran seperti Zheng masih menjadi pilihan kebanyakan warga tua di China.
Bagi mereka, harga tambang pengangkutan sedemikian jauh lebih murah berbanding perkhidmatan kenderaan khas yang disediakan oleh pihak sekolah anak-anak mereka sendiri.
Catat Ulasan