
Banyak perkara misteri yang berlaku di dunia kita pada hari ini. Malah, ada juga kes misteri itu yang tidak dapat diungkap sehingga ke hari ini.
Salah satu kes misteri yang berlaku di wilayah California, Amerika Syarikat adalah misteri lelaki TV.
Walaupun namanya agak pelik dan tidaklah begitu misteri, namun ianya betul-betul berlaku di California.
Misteri lelaki TV ini adalah seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya sering datang ke rumah penduduk di California.
Lelaki ini juga berpenampilan pelik. Kepalanya diletakkan dengan TV.
Lelaki misteri ini akan datang ke setiap rumah dan meletakkan sebuah TV lama yang buruk dan tidak lagi berfungsi di setiap rumah yang dia datangi.
Tiada siapa pun tahu tujuan lelaki TV misteri ini berbuat demikian. Entahlah kenapa dia bagi TV buruk.
Hampir 60 buah rumah di California didatangi lelaki misteri itu dan menerima TV buruk.
Kamera CCTV yang dipasang di rumah penduduk di California berjaya merakam kelibat lelaki TV misteri tersebut.
Penduduk turut melaporkan perkara itu kepada polis. Namun, identiti lelaki TV itu masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.
Penduduk juga memaklumkan bahawa tiada sedikit pun barangan mereka yang hilang. Maksudnya lelaki TV ini tidak bahaya pun.
Penduduk menganggap lelaki misteri itu sebagai santa clause yang memberi hadiah tv buruk kepada penduduk.
Hahah. Macam-macam lah
Catat Ulasan