Realme Dengan Penawaran Bateri AA Dan AAA



Realme Malaysia telah mengumumkan beberapa produk baharu untuk pasaran tempatan, termasuk salah satunya adalah bateri bersaiz AAA dan AA.

Realme Alkaline Battery ini menjanjikan kualiti bateri yang baik, dan diperkatakan mempunyai kapasiti lebih 25% berbanding beberapa bateri lain di pasaran.

Seperti ramai sedia maklum, beberapa peralatan masih bergantung kepada penggunaan bateri seperti ini, termasuk untuk alat kawalan jauh, pencukur, berus gigi elektrik dan sebagainya.

Di Malaysia, bateri AA dijual pada harga RM29, sementara bateri AAA pula pada harga RM24 – untuk 10 biji bateri.

0/komen