Masalah org tua nazak 'roh susah nak lepas' nie dah ramai yang adu dekat aku sebenarnya.
Alhamdulillah, nasihat aku setakat nie berhasil dengan izin Allah.
Aku nak kongsi satu kisah untuk pedoman semua serta sedikit sebanyak aku kongsikan cara menghadapi masalah ini.
2 tahun yang lalu, ada salah seorang pelajar aku, aku gelar dia Abang Shahrul(bukan nama sebenar). Dia hadapi masalah yang sama.
Ibunya selalu meracau² dalam bilik, kurus kering hinggakan dia orang anak beranak pindahkan katilnya ke ruang tamu supaya mudah dipantau. Setiap malam ibunya mesti akan tunjuk ke arah bilik tidurnya sampai cakap merapu² seolah ada penghuni dalam bilik itu.
Tanda² nazak dah kelihatan seperti hidung jatuh, kulit²nya sudah lembik tapi entah berapa kali setiap kali ditalkin, semakin kuat meracau.
Aku simpati, sebab ibunya pun pelajar aku juga. Jadi aku tanya, "Apa yang abang Shahrul dan adik beradik dah usahakan utk mudahkan urusan ibu?"
"Buat masa sekarang kita orang usahakan panggil pelajar² tahfiz baca alQuran 30 juzuk setiap malam, tapi ibu makin meracau mcm kena sampuk. Baru² nie kita orang panggil ustaz daripada Melaka rawat ibu, katanya kemungkinan besar si ibu ada saka. Kami sekarang dah makin takut tengok ibu sejak dapat tahu ibu ada bela saka.
Baru² nie kakak saya ada bacakan ayat Kursi, ibu saya tepis, bulu roma kakak saya meremang satu badan, ustaz."
Jadi, aku terima pelawaan abang Shahrul, malam yang dijanjikan aku datang ke rumahnya. Aku bagi salam kat si ibu yang terlantar, dia jawab perlahan. Tanpa berlengah, aku bacakan ruqyah padanya. Sepanjang dibacakan ruqyah, dia cuma gerak² sikit. Matanya asyik meleret ke arah bilik tidurnya.
"Dah bersihkan bilik dia(si ibu)?"
"Dah ustaz, tak dak apapun, cuma ada syiling² lama saja."
Jadi, skrg aku dh faham punca masalah yg sebenar.
"Ok sekarang nie mcmnie. Tolong berhenti panggil pelajar² tahfiz dan juga ustaz perawat tu."
Abang Shahrul tercengang.
Aku sambung "Lantik salah seorang saudara yang dikenali yang mahir mengaji, bacakan ayat² alQuran dgn tartil dan sederhanakan suara. Baca saja disisi dia bila terluang.
Kemudian setiap kali lepas mandikan dia dan sebelum tidur, sapukan minyak angin di telapak kaki dan kenakan urutan perlahan disekitar, betis, lengan dan belakang badan. Kalau nampak dia kurang selesa, cuba lap dgn tuala suam disekitar wajah dan tubuhnya.
Banyakkan bersembang dan luangkan masa, layankan saja kalau dia merapu. Biasakan diri senyum dihadapan dia. Jangan sesekali berdecit, mengeluh atau bermasam muka dihadapannya.
Jaga pemakanan, pujuk dengan baik jangan sesekali melenting. In case kalau dia meracau, jangan dilayan. Sabar dan teruskan tersenyum sambil buat apa yg perlu. Kalau meracaunya sudah habis, cepat² peluk dakap si ibu. Ucap alhamdulillah.
Doa, doa dan doa. Jemput kawan² baiknya dan saudara² rapat, elakkan crowded.
Kalau keadaan sudah terlalu nazak, talqin pada ibu dengan tenang, jangan gelabah. Peluk dengan tenang"
Selang 2 hari, abang Shahrul message aku "Alhamdulillah, ustaz. Akhirnya ibu dapat pergi dengan tenang dlm senyuman. Terima kasih tak terhingga ustaz. Tapi ustaz, kenapa salah ye apa yang kami buat sebelum nie?"
Aku pesan "Saya bagi perumpamaan, ibarat seorang wanita yang mahu bersalin. Logikkah bila seseorg wanita mahu bersalin, dengan kesakitan yang dialami, kita panggil pelajar tahfiz bacakan 30 juzuk dan ustaz untuk merawatnya?
Disaat itu dia hanya perlukan org yang paling dia sayang, dan juga Tuhan. Doktor dan jururawat hanyalah pembantu saja, tapi yang bertarung adalah dirinya, orang yang disayangi dan yang layak menemaninya hanyalah Tuhan.
Seseorang yang mahu bersalin perlukan suasana yang tenang dan positif, kalau tak bayi boleh stress maka tak berlaku proses bukaan.
Kalau nak bersalin pun begitu, apatah lagi jika nazak yang kesakitannya berkali ganda daripada bersalin?
Dipenghujung usia kita akan kembali kepada fitrah, maka layanlah mereka seperti bayi atau kanak²(dengan penuh kasih sayang dan perhatian). Ibu abang Shahrul asyik tunjuk bilik tu sebab bilik itu sajalah padanya menenangkan berbanding berada diruang tamu, dia nak masa untuk dirinya daripada dikelilingi dengan orang yang tak dikenali.
Rasul mengajar kita supaya dibacakan alQuran dengan nada yang sederhana, begitulah keadaan sedimikian. Jika dibaca dengan bertempik dan sekuatnya maka ia bercanggah dengan sunnah nabi. Amalan hilang berkat dan tidak berkesan.
Jangan cepat percaya pada fitnah ustaz bomoh, tak memasal ibu kita dituduhnya bela saka. Jikapun benar ada saka, buat seperti yang saya nasihatkan, jangan dilayan sangat, jangan tunjuk kita tahu dia ada. Dengan izin Allah 'benda' tu akan beransur pergi."
Aku lega sangat sebab dah beberapa orang hadapi masalah yang sama akhirnya si mati dapat pergi dengan tenang.
Actually, banyak lagi yang aku pesan. Aku ringkaskan part yg paling penting. Aku detailkan insha Allah pada mereka yang pm aku tanya, cuma kalau aku tak balas tu faham²lah ye.. sebab aku jarang buka massenger. 😅
Abu Amjad
Catat Ulasan