
Sejak kebelakangan ini ialah dron komersial diubah suai untuk digunakan sebagai bom berani mati oleh golongan militan. Dron yang murah dihantar ke sasaran yang tidak menyangka ia sebenarnya dilengkapi bom membunuh. Ini ialah isu keselamatan yang menyebabkan pelbagai sistem anti dron dibangunkan untuk kegunaan anggota keselamatan.
Epirus Leonidas ialah sistem senjata anti dron terkini yang dibangunkan. Ia menggunakan gelombang mikro untuk melumpuhkan dron. Yang menjadikan Leonidas unik ialah ia boleh digunakan untuk menjatuhkan dron secara individu tanpa menjatuhkan dron lain yang mungkin digunakan oleh anggota keselamatan dan mod melumpuhkan sekumpulan dron secara serentak. Sistem yang digunakan adalah kompak dan boleh ditarik menggunakan sebuah lori.

Catat Ulasan