Apple AirPods Pro Kini Di Malaysia


Apple AirPods Pro telah dilancarkan di beberapa pasaran utama. Bagi pengguna di Malaysia, ia akhirnya boleh dibeli secara terus dari laman rasmi Apple Malaysia . Sepasang AirPods dijual pada harga RM1099.

Pada waktu ini AirPods yang dipesan hari ini akan dihantar secara percuma ke pengguna dalam masa sehari sahaja. AirPods Pro ialah fon telinga nirwayar pertama Apple yang hadir dengan pembatalan hingar secara aktif. Ia dari jenis dalam-telinga yang memastikan audio dari luar tidak mengganggu pemakai ketika mendengar muzik kegemaran. Seperti AirPods generasi kedua, AirPods Pro boleh dicas semula secara nirwayar.


 

0/komen