ASUS Zenfone 8 Dan Zenfone 8 Flip Di Malaysia


ASUS telah mengumumkan ketibaan dua model terbaru dalam siri peranti Zenfone mereka, iaitu ASUS Zenfone 8 dan juga ASUS Zenfone 8 Flip. Kedua-dua peranti ini boleh dikatakan sebagai peranti pintar mercu syarikat tersebut, dengan spesifikasi dalaman yang hampir serupa dengan peranti pintar gaming mereka, ASUS ROG Phone 5.

Kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan kelas mercu Qualcomm Snapdragon 888, dimana Zenfone 8 hadir dengan pilihan memori 8GB dan 16GB dan storan 128GB dan 256GB. Zenfone 8 Flip pula dilengkapi dengan memori 8GB dan storan 256GB.

Dari segi paparan, Zenfone 8 mempunyai paparan bersaiz 5.9 inci, manakala Zenfone 8 Flip mempunyai paparan bersaiz 6.67 inci yang mana kedua-duanya mempunyai kadar segar semula 120Hz dan juga pengimbas cap jari terbina didalamnya.



Saiz yang berbeza juga bermakna kapasiti bateri yang berbeza. Zenfone 8 mempunyai bateri berkapasiti 4000mAH, manakala Zenfone 8 Flip dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAH, dimana kedua-duanya menyokong teknologi pengecasan QuickCharge 4.0.

Satu lagi perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kedua-dua peranti ini ialah dari segi modul kamera. Zenfone 8 mempunyai dwi-kamera belakang gabungan sensor utama 64-megapixel, selain kamera ultra-lebar 12-megapixel. Untuk rakaman swafoto, ia dilengkapi sensor 12-megapixel.


Zenfone 8 Flip pula hadir dengan rekaan unik yang membolehkan kamera digerakkan dan dibawa ke hadapan – sekaligus hanya memfokuskan satu penawaran panel kamera untuk rakaman utama dan juga swafoto.

Untuk tujuan tersebut, tiga sensor kamera digunakan, dengan sensor utama 64-megapixel, sensor ultra-lebar 12-megapixel, dan sensor telefoto 8-megapixel dengan keupayaan zum optikal sehingga 3 kali.


Kedua-dua peranti pintar ini dimuatkan dengan sistem operasi Android 11 yang menggunakan antaramuka ZenUI 8.

Di acara pelancaran peranti-peranti ini untuk pasaran tempatan, ASUS Malaysia mengesahkan bahawa peranti ini telah  mula dijual  bermula pada malam 28 Mei 2021 yang lalu di kedai atas talian mereka di Shopee pada harga-harga berikut:



Mereka yang membeli peranti ini  sehingga 11 Jun kelak, akan menerima sebuah rangka peranti percuma daripada SolidSuit selagi stok masih ada. Dan mereka yang menukar-masuk peranti Zenfone lama mereka dari 28 Mei hingga 25 Jun 2021 akan menerima diskaun RM200 di kedai-kedai pengedar sah ASUS Malaysia

0/komen