
GoCar telah mengumumkan GoVAX dimana kenderaan mereka boleh ditempah secara percuma untuk insan yang tidak mempunyai pengangkutan ke pusat pemberian vaksin (PPV) kerana sudah berusia atau terdiri daripada golongan OKU.. Perkhidmatan akan ditawarkan bermula 31 Mei 2021 tetapi terhad kepada PPV Sunway Convention Centre, Klinik Rakan Medik Petaling Jaya dan Hospital Shah Alam. Ia juga hanya terbuka kepada penduduk daerah Petaling sahaja pada waktu ini. Tempahan boleh dilakukan menerusi nombor telefon 1300-30-2633.
Jumlah kenderaan adalah terhad dan oleh itu tempahan perlu dilakukan tiga hari lebih awal dan bukti temu-janji vaksin perlu diberikan. GoCar akan menawarkan GoVAX sehingga 31 Ogos 2021 sahaja.
Catat Ulasan