Hisense Melancarkan Siri Televisyen Pintar A6500G Dan A6100G


Hisense ialah jenama elektronik yang sudah sedia dikenali untuk siri televisyen yang mampu milik mereka, dan baru-baru ini, mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk sejumlah siri televisyen pintar terbaru mereka yang dikuasakan sistem operasi Android dan juga sistem operasi televisyen pintar mereka sendiri yang dinamakan VIDAA.

Hisense A6500G Android TV

Siri televisyen pintar ini hadir dengan sejumlah pilihan saiz paparan, dari 50 inci sehinggalah 75 inci dimana kesemuanya mempunyai resolusi paparan 4K. Ia hadir dengan ciri UHD Upscaler yang dikatakan boleh meningkatkan resolusi kandungan yang ditonton ke resolusi sebenar paparan, dan menyokong sejumlah fungsi televisyen moden seperti sokongan untuk HDR dan sistem audio Dolby Atmost terbina.



Selain daripada penawaran I/O yang biasa seperti HDMI dan USB, siri televisyen Hisense A6500G ini juga hadir dengan sokongan sambungan nirwayar WiFi dan Bluetooth yang memudahkan pengguna untuk menyambungkan pelbagai peranti pada siri televisyen ini.


Alat kawalan jauh televisyen ini juga hadir dengan sokongan untuk Google Voice yang membolehkan pengguna untuk memberi arahan kepada televisyen pintar ini, seperti untuk membuka dan menutup televisyen, mengaktifkan aplikasi-aplikasi tertentu dan sebagainya.


Hisense A6100G VIDAA TV 

Sama seperti Hisense A6500G, siri televisyen ini pula hadir dengan penawaran saiz paparan 43 inci, 50 inci, 55 inci, 58 inci dan 65 inci pada resolusi 4K juga.



Siri televisyen ini menggunakan sistem operasi VIDAA yang berasaskan sistem operasi Android, tetapi dengan antaramuka mereka sendiri. Dari segi penawaran aplikasi, Hisense A6100G hadir dengan aplikasi penstriman video popular seperti YouTube, Netflix dan Amazon Prime Video, bersama-sama sejumlah aplikasi tambahan yang lain.


Diantara keunikan televisyen ini lagi ialah aplikasi Hisense RemoteNOW yang boleh digunakan untuk mengawal televisyen ini sekiranya anda kehilangan alat kawalan televisyen anda..

Siri-siri televisyen Hisense A6500G Android TV dan Hisense A6100G VIDAA TV ditawarkan sekarang di pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia pada harga-harga berikut:

Hisense A6500G Android TV (50 inci) – RM2,899
Hisense A6500G Android TV (55 inci) – RM3,299
Hisense A6500G Android TV (65 inci) – RM4,399
Hisense A6500G Android TV (70 inci) – RM5,799
Hisense A6100G VIDAA TV (50 inci) – RM1,999
Hisense A6100G VIDAA TV (55 inci) – RM2,699
Hisense A6100G VIDAA TV (58 inci) – RM3,299
Hisense A6100G VIDAA TV (65 inci) – RM3,999

0/komen