Bila kita mendengar tentang batu angkasa atau meteor jatuh di bumi, tentu saja ia akan jadi perhatianr ramai. Malah, ada yang akan berusaha mencari lokasi batu itu jatuh kerana dipercayai batu angkasa ini sangat berharga, dan biasanya dibeli oleh pihak penyelidik atau Muzium.
Terbaru, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) mengesahkan melihat kelibat cahaya di sekitar Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia.
Melalui akaun istagram BBPTKG, kelibat cahaya terang itu ditangkap pada kamera di Deles pada pukul 23.08 WIB (12: 08 pagi waktu Malaysia).
Bagaimanapun pihaknya mengatakan tidak mengesan peningkatan aktiviti seismik gunung berapi tersebut akibat kejadian itu. Walaupun ramai yang mendakwa kelibat cahaya itu dipercayai datang dari meteor yang jatuh di sekitar Gunung Merapi.
BPPTKG tidak dapat mengesahkan kejadian itu, kerana tugas mereka adalah
memantau aktiviti Gunung Merapi, bukannya untuk memerhatikan kegiatan benda-benda langit. Bambang, salah seorang pemilik kamera CCTV yang berjaya menangkap cahaya misteri itu mengatakan gambar itu dirakam pada 27 Mei 2021.
Menurut Bambang, dia sengaja mengarahkan kamera CCTV di puncak Merapi untuk memantau aktiviti gunung berapi.
Dia mengatakan bahawa sumber cahaya itu bukan jatuh ke kawah gunung Merapi. Untuk mengesahkan kejadian itu Bambang menghubungi rakannya yang juga memantau keadaan puncak Merapi dari arah Kaliurang.
Katanya, cahaya itu mungkin jauh dari gunung Merapi, hanya kebetulan cahaya seakan berada di kawah ketika tertangkap CCTV dari rumah rakannya di Kaliurang.
Bambang mengesyaki bahawa sumber cahaya berasal dari wilayah timur Merapi yang lebih jauh dari Selo, Boyolali. Kerana kamera CCTV di Selo tidak menangkap gambar cahaya tersebut.
Ekoran daripada hal itu, penyelidik Agensi Aeronautik dan Angkasa Negara (Lapan) Emmanuel Sungging, meminta orang ramai supaya melaporkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mereka menemuinya. Mengenai penemuan objek bercahaya yang disyaki sebagai batu meteor.
Pihak Lapan segera bekerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Orang ramai juga turut diingatkan supaya tidak mendekati objek yang jatuh daripada angkasa lepas itu.
Catat Ulasan