Oppo Reno6 Dan Reno6 Pro Dilancarkan

 

 

Oppo kini mengemaskini barisan telefon pintar di bawah siri Reno dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Pro. Kedua-dua model menggunakan cip daripada MediaTek, skrin dengan kadar semula yang tinggi dan pengecasan pantas yang baik.

Oppo Reno6 Pro. 

Peranti pintar ini mempunyai skrin bersaiz 6.55-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1200, memori sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman. Seterusnya, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, NFC, Bluetooth 5.2, ColorOS 11.3, Android 11 dan lain-lain.



 

 

Oppo Reno6 

Ianya dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Selain itu, ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 900 5G, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan 65W.

Dari segi kamera, sistem tri-kamera digunakna dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan pula adalah sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – Bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, ColorOS 11.3, Android 11 dan lain-lain.

Di China, Oppo Reno6 Pro dijual pada harga bermula RMB3499 (~RM2,268). Sementara itu, Oppo Reno6 pula berharga bermula RMB2799 (~RM1,814)..
 

0/komen