Petani Tidak Sengaja Alih Batu Sempadan


BRUSSELS, Belgium – Seorang petani tanpa sengaja telah mengalihkan kedudukan sebiji batu seberat 150 kilogram yang menjadi pemisah antara Belgium dan Perancis, sekaligus menjadikan Belgium 2.3 meter lebih besar daripada kedudukan asal.

Datuk Bandar Erquelinnes, David Lavaux berkata, ahli-ahli  sejarah yang melalui kawasan tersebut yang mana beberapa batu penanda  diletakkan di antara Belgium dan Perancis di bawah Perjanjian Kortjik pada  1820,  menyedari salah satu batu yang menjadi tanda pemisah dua negara itu telah dialihkan ke Bousignies-sur-Roc di  Perancis.

Jelas Lavaux, petani tersebut telah memindahkan lokasi batu itu dan tidak mengembalikannya ke kedudukan asal.

“Belgium dan bandar ini telah menjadi lebih besar dan pastinya perkara ini tidak dipersetujui Perancis.

“Ia perlu dikembalikan kepada kedudukan asal,” demikian tulis Lavaux dalam status Facebooknya.

Jelasnya lagi, petani itu tidak akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya dia mengembalikan semula batu tersebut ke lokasi asal.

Lavaux bergurau bahawa dia gembira bandarnya menjadi lebih besar namun datuk bandar Bousignies-sur-Roc tidak bersetuju. 
 

0/komen