Ratusan Kereta Usang Terbiar Dalam Hutan


Seakan satu koleksi kereta klasik disusun rapi di tengah-tengah hutan.Terletak berhampiran Chatillon di Wallonia, Belgium. Namun, kereta-kereta ini berubah menjadi besi buruk dan ditumbuhi pokok-pokok liar.

Beratus-ratus kereta yang berbaris di jalan tua ini seolah-olah kelihatan ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa. Tumbuhan menjalar seperti pokok anggur dan dedaunan yang gugur telah mengerumuni hingga ke dalam kereta, mengelilingi logam yang berkarat. Kereta-kereta ini sudah terbiar begitu lama
dan alam semulajadi mengambil alih.

Menyebabkan lumut berkembang seperti gaya cat baru menghiasi pintu dan bumper kereta. Pelancong yang berminat menyaksikan fenomena unik itu berpandapat bahawa, kereta-kereta yang ada di sana merupakan milik tentera Amerika, disembunyikan pada masa perang dunia ke-2.

Sebenarnya, kisah di sebalik kereta terbangkalai ini masih menjadi misteri. Namun menurut Wikipedia, kuburan kereta ini bermula ketika anggota Amerika yang ditempatkan di kawasan itu meninggalkannya.



Setelah Perang Dunia Ke-2 berakhir, mereka menyembunyikan kereta ini di hutan akibat kos biaya penghantaran yang tinggi ke luar negeri. Rancangan untuk mengambil kenderaan ini pada suatu tempoh tidak pernah direalisasikan. Kereta kereta ini semakin usang apabila berpuluh dekad telah berlalu ditinggalkan dalam hutan. Namun beberapa penduduk setempat menyangkal pelbagai gosip seram yang beredar mengenai Chatillon.

Mereka menyatakan bahawa Chatillon merupakan kubur kira-kira 500 bangkai kereta ini adalah lokasi pembuangan kereta. Jadi bukan kereta milik tentera atau pelbagai kisah misteri lain yang turut dikaitkan



Lokasi tersebut mula digunakan sebagai tempat pembuangan bangkai kereta, apabila perang dunia ke-2 telah berakhir. Keadaan berbeza dengan lokasi pembuangan kereta lain, Chatillon menjadi begitu seram sebab banyak pokok tumbuh, seterusnya menjadikan tempat itu hutan yang tebal.


Ramai pengunjung yang datang mengambil bahagian-bahagian kereta untuk dijadikan cenderahati, dan tidak kurang juga mencari alat ganti. Akhirnya kereta ini kebanyakannya hanya tinggal rangka, dan secara beransur-ansur menjadi sebahagian dari hutan. Sayangnya, Chatillon yang telah ada sejak puluhan tahun lalu akhirnya dibersihkan oleh kerajaan Belgium.

0/komen